Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Saturday, May 23, 2009

Relevankah Hartal...??

Petang tadi aku ke Palace of Justice di Putrajaya untuk mengikuti apa yang berlaku terhadap keputusan badan kehakiman terhadap kes MB Nizar vs MB Zambry. Namun seperti yang dijangka, Zambry menang dalam kes rayuan supaya membatalkan keputusan mahkamah tinggi yang menobatkan Nizar sebagai MB yang sah .

Baiklah, kita semua sudah tahu keputusannya. Ketika itu, ramai pak cik dan mak cik dari perak haxir mahkamah sejak pagi lagi. Apabila mereka tahu sahaja keputusannya, ada yang sugul, dan ada yang marah. Apabila peguam BN keluar, tiada sambutan dari orang ramai yang ada disitu untuk menyokong kemenangan Zambry, tetapi bila peguam Nizar, Sulaiman Abdullah keluar, laungan reformasi dan allahuakbar terus bergema.

Rata-rata, yang tidak gembira mereka menyuarakan pendapat mereka terhadap apa yang berlaku. Namun, ada seorang ini yang agak istimewa bagi aku, cukup tenang. Beliau secara tiba-tiba menyebut perlunya 'hartal' untuk tangani kemelut ini jika Perak mahu keluar dari krisis perlembagaan ini.

Ideanya cukup mudah, rakyat yang tidak bersetuju menyatakan pendirian mereka melalui silent protes. Terutama melalui sistem ekonomi. Orang perak katanya tidak perlu melakukan urus niaga atau pelaburan di dalam perak sebaliknya di luar perak. Apa yang diputuskan kerajaan zambry tidak dituruti dan banyak lagi contoh yang dikemukakannya.

Namun itu satu pendekatan yang mungkin boleh dilakukan, namun adakah ia masih boleh dilakukukan ?

Sama-sama kita fikirkan...


Sent from my iPhone

Saturday, May 16, 2009

Berehat sambil berfikir...

Sampai ketika ini, PM Najib belum putuskan mahu bertanding atau tidak di Dun Penanti. Samaada benar atau tidak, ketika Najib belum membuat keputusannya, ada berita angin yang mendakwa jentera BN di Penanti secara rahsia telah menjalankan jentera mereka.

Namun secara tidak sengaja, media arus perdana 'ter' siarkan berita berkenaan. Apapun, aku masih menunggu apa jua kemungkinan.

Sementara itu, PAS bakal mengadakan muktamarnya yang ke 55 di Stadium Malawati. Dulu di Perak, cuma bezanya di Shah Alam, ada pemilihan.

Mahu juga aku lihat YB Husam, YB Khalid Samad, YB Nizar Mendapat tempat dalam pemilihan nanti. Bukan apa, mungkin dengan kombinasi ini, PAS lebih mendapat tempat di hati rakyat Malaysia seluruhnya, seterusnya mengambil alih UMNO yang semakin hilang keseimbangannya.

Sent from my iPhone

Wednesday, May 13, 2009

Lumrah kehidupan....

Sekarang ni aku sedang tunggu 'order' di kedai makan, menonton rancangan 'jangan tidur lagi' sambil-sambil tu, aku kenang kisah lama-lama tentang hidup ku.

Aku yang dilahirkan dalam serba kekurangan, menimba ilmu hingga ke menara gading. Aku dididik dalam persekitaran yang suka memandang rendah pada diri ku. Tapi aku ni jenis penyabar, mungkin mewarisi perangai arwah ayah aku.

Tapi, dengan berkat kutukan lah aku berjaya ke menara gading seterusnya menimba ilmu dalam bidang kejuruteraan kimia.

Selepas itu, aku ditawarkan kerja dalam bidang yang langsung aku tak pelajari masa universiti, kewartawanan.

Dan sekali lagi aku terus belajar... Melalui pengalaman. Kini aku berada pada tahap sekarang, alhamdulillah.

Kini aku 'menilik' pula orang yang boleh ikut aku dan memiliki apa yang aku tahu. Bukan dalam bidang kewartawanan tetapi dalam bidang teknikal webtv broadcasting.

Hmmm ... Nampaknya selepas memiliki beberapa protege, masih tiada lagi calon layak...

Sent from my iPhone

Wednesday, May 06, 2009

Speaker DUN Perak hadir rehearsel Pembukaan DUN Perak

Hari ini aku berkesempatan hadir ke acara rehearsel pembukaan DUN Perak, alhamdulillah aku dapat melihat apa yang berlaku.

Speaker DUN Perak, V. Sivakumar merupakan antara yang hadir hari ini. Diluar kawasan SUK pula, keadaan masih tenteram, namun kelihatan peralatan FRU telah dibawa masuk untuk menghadapi segala kemungkinan yang berlaku esok.

Selepas raptai, Speaker V. Sivakumar diiringi seperti biasa ke bilik makan.

Adakah mentari terus menyinari pakatan rakyat esok ? Sama-samalah kita tunggu. Namun di dalam SUK, mendung bakal berlaku esok.

Sent from my iPhone

Monday, May 04, 2009

Letihnyaa....

Alhamdulillah, isteriku, adik iparku(Epi), dan aku selamat kembali ke
rumah selepas 1 hari 1 malam di Melaka.

Sebenarnya percutian ni tak dirancang tapi plan saat-saat akhir, ia
akhirnya menjadi kenyataan.

Hampir kesemua muzium berjaya di lawati dan Taman Mini Malaysia
berjaya diterokai dengan berjalan kaki.

Ia cukup menarik khasnya untuk isteriku dan bagi aku, dengan lawatan
kedua dalam jangka masa 10 tahun ini berjaya mengimbau kenangan aku
ketika mula-mula ke Melaka. Masa tu baru Tingkatan 1.

Dan ada beberapa cerita yang dirasakan boleh dikongsi bersama mengenai
monumen sejarah di Melaka ni...

Bersambung...

Sent from my iPhone