Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Saturday, March 27, 2010

Wahh... Popularnya diaa....

Popular rupanya Zulfaqar ni... Task Force 13. Huhuhu... Nama kumpulan macam ganahh jee. Sekarang dia adalah keluarga Harakahdaily, yang pada asalnya adalah dari keluarga tvpas.com atau lebih tepat lagi, Produser Tvpas.com.

Itu jawatan yang aku tahu sebelum aku meninggalkan tvpas.com. Orang yang dilerkenalkan (rasanya lahh) oleh Nazri Abdullah.

Lama aku tak bercerita mengenai keluarga asal tvpas ni. Benarkan 'dia' adalah 'something' dalam Pas ? Kali terakhir aku jumpa dia adalah ketika di parlimen tempoh hari, bersama seorang lagi wartawan Harakahdaily yang juga asalnya dari tvpas.com, Hazayani Zakaria.

Bagi aku memang ada beza, seorang buka blog untuk update berita dan seorang lagi tulis berita dalam email untuk dihantar ke editor harakahdaily....

Hrrmmm....


- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, March 21, 2010

Letihh....???

Nak merapu... Bukan cara kita, bukan apa, segala kejadian adalah ujian yang diturunkan oleh Allah kepada kita.

Begitulah juga dalam pekerjaan. Setiap kerja ada ilmunya, jadi kena belajar dari gurunya. Selain ilmu, pengalaman juga banyak hikmahnya. Kepayahan dan rintangan itulah sumber datangnya pengalaman kepada kita.

Dalam silat umpamanya, ada jurusan yang diajar oleh gurunya kepada anak buahnya, yang membezakan keduanya adalah pengalamannya.

Bagi aku pula, aku biasanya akan ajar sesiapa sahaja yang berminat dengan apa yang aku ada dari A-Z. Troubleshootingnya pula kalau aku tahu aku akan bagi guideline dia juga. Namun apapun dalam pekerjaan, uji dulu sesuatu gerak sebelum kita teruskan.... Atas individu tu sendirilah antara rajin atau tidak untuk melakukannya.

Tak ada checking, maka apa yang berlaku di ground, susah untuk diatasi. Kadang2 perlu balik ke ofis utk tukar barang. Standard lah tu....

Susah atau payah terletak di dirinya sendiri...


Apapun bagi Aku yang dah mula menjengah umur 30-an ni, cukuplah..... Cukuplahh....

- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, March 17, 2010

Apa itu D. R...

Mula aku kenal 3 tahun dulu rasanya, masa tu, Wan Jo yang perkenalkan aku dgn dunia parlimen ni. Masa tu, ingat lagi, tempay Wan Jo buat rakaman di bilik Presiden PAS sekarang. Masa tu MP Pas seingat aku, sikit sangat, dalam 6 org rasanya. Ketua Pembangkang masa tu Lim KIt Siang. DS Wan Azizah datang ke tingkat tu bila perlu je pasal dia sorang je PKR.

Zaman kini dah berubah. PKR dah bertambah, PAS masih 'wing' sama, tak berubah. Sekarang ada pulak blok Bebas, memang MP tak tahu malu, MP yg keluar seingat aku tak aktif sangat pun.

Aku datang macam dulu lagi, seronok tgk masa dan keadaan berubah di 'wing' tu.

:)




- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, March 14, 2010

Heeiii... org yang berselimut...

Selimut... kotak tisu... remote TV... air nescafe suam...

Ya Allah... moga aku kebah dari demam/selesema ni...

Amin...

Demam kee selsema nih..??

Aku pun tak tahu apa keadaan aku sekarang, panadol dah jalan dah... Dari pil sampai ke soluble aku dah rasa dah...

Degil sikit demam kali ni, tak macam biasa. Aku rest awal jugak laa hari nih...

Wassalam...


- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, March 13, 2010

Sekali bah... Semua naik gelabah..

Iklim pejabat aku berubah beberapa hari yang lalu, ada dipindahkan ke unit lain ada yg dinaikkan pangkat, terbaru dapat tempat baru di pejabat baru. Makin besar pejabat ni siap ada cawangan lagi.

Tapi, sedar tak sedar masih ada lagi yang masih menyesuaikan diri, biasalah bila pejabat besar... Bagi aku, fikir tujuan asal kita kerja... Pasti anda akan jumpa jawapannya.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Apa ada pada kita...???

Bayangkan kalau kita diserang dari semua sudut, segala penjelasan tidak dipeduli, maka perlulah kita masa ni diam. Bukan takut tapi ingat Allah banyak-banyak.

Adakalanya tak perlu kita terus melatah, tapi dengar dan cuba baiki kalau kita lakukan kesilapan. Yang pasti segala teguran dari musuh atau kawan semuanya untuk muhasabah diri kita supaya perbaiki diri.

Banyak yang berlaku pada diri dan minda aku sejak kebelakangan ini, begitu juga kawan-kawan aku. Tapi ingatlah "Allah sentiasa bersama kita" jika kita adalah orang yang benar.