Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Sunday, June 20, 2010

Apa rahsia korang...??

Uihh.. susah aku nak jawap soalan ni. Ini berkaitan dengan live streaming 24 jam TVS. Hrrmm... Soalan ni ditanya salah seorang petugas semasa muktamar hari tu.

Uihh... Apa boleh dijawap, itu rahsia syarikat. Hehe. Sebenarnya itu adalah hasil R&D yang ambil masa yang agak lama. Dari sistem konvensional sampailah sekarang.

Apapun Selangor Boleh! Malaysia Boleh! Ambo buleh! Hehe. Alhamdulillah.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, June 19, 2010

Zone Tepu...

Huhhh... improve, improve.. kalau boleh aku nak jadikan 'ia' terbaik, tapi itu yang aku termampu setakat ni, last2 aku off day, legakan sikit otak aku. Nak pelahan2, boleh, tapi darah muda nak buat macam mana.

Tadi, aku ke Tasik Shah Alam, .. lepas tu pergi kejap ke Alam Sentral.Sambil nak ke The Store tingkat LG, ada la ada org promote celcom broadband, aku senyum je, pasal aku ada maxis broadband, bila broadband paham2 la ada 'cap' dia. maxis aku cap dia 3 Gb, bayangkan.

Masa balik, ada TM Unifi datang promote, aku yang dah plan dalam otak aku nak try tu terus layan.Mula2 aku tanya, ada limit downloading tak, terus dia cakap untuk sekarang ni takde limit, apa tidaknya ramai komplen tak padan limitnya 60 Gb, bagi aku dah cukup dah, tapi kalau dia buat macam streamyx alangkah baiknya, bagusss...

Promoter tu pulak tanya aku, duk kawasan mana, aku cakap Batu 3, hrmm.. terkedu nak jawap dia pasal tak activate lagi kawasan tu, tapi prasarana dia katanya dah ada, dia suruh aku isi pendaftaran dulu nanti bila dah ready dia akan call aku, baik aku isi. Hehe, aku nak tengok sampai bila prasarana tu nak ready...

I'm Waitingg....

Saturday, June 12, 2010

Power sungguh wartawan aku nii...!!!

Fuhhh... Memang power, wartawan lain duduk di meja yang disediakan di Muktamar Pas (ke-56) kat belakang, wartawan aku tak kesah semua tu, maklumlah dah ada orang cover dia, dah ada dlm 'record'. Lepas habis event 2-3 minit baru revise rakaman tu. Tak perlu pen nak catit, maklumlah berita 'media baru'.

Heeiii... Banyakkk lah attitude macam tu, aku yang dulu pernah turun buat liputan ni.. Rasa berbulu tengok cara macam ni. Lepas tu siap bagi story sejam sebelum deadline. Bukan 1 story, 5 story sekaligus. Tukang edit video ni terkial2 edit nak kejar masa. Sesiapa nak salahkan video editor, salahkan dulu diri sendiri.

Huhhh... Full stop (.)

Wednesday, June 09, 2010

Betol oghak...

Sampai2 je Kelantan, rest sampai pkl 3 ptg (pengsan lah tu), tidur atas kereta mana laa selesa. Sedar2 je, kejutkan team aku ke sekretariat media hantar gambar pasport nak buat tag media. Huh.

Tak cukup lagi tu, sempat lagi usha stesen aku nak duduk (team up dgn KelantanTV). InsyaAllah, ramai dpt tgk live muktamar kali ni, hehe. InsyaAllah.







Malam, haa... Follow ceramah pulak, Mat Sabu & Nik Amar. Bard biasa aa, kena tonik kopi baru boleh buat kerja hehe. Ok, entertainment bagus malam2 ni. Skrg aku nak landing betul2 dah ni, huhu. (sambil tunggu skrip utk di edit)


- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, June 06, 2010

Chemical Lab & Kerja Makmal

Yup. Aku tiba2 flashback masa aku study dulu. Aku buat ujikaji pasal kimia, boiler, thermodynamic dan macam2 lagi. Aku teringat bila aku tonton cerita ni kat TV, "Minyak Kelapa Dara".

Sebenarnya bab ujikaji, kajian ni memang seronok. Pasal banyak aku tahu. Tapi itu semua berdasarkan sukatan yang ditetapkan oleh universiti. Kalau mahu buat ujikaji sendiri, kena stadi tahap 'master' mahupun 'pHD'.

Tapi tak tahulah, bila aku tahu kajian tu tinggi macam mana pun, peringkat anugerah Geneva ke, apa ke, bila nak sambung untuk tahap industri, jarang lepas, nak dapatkan 'grant' ke, brush up lebih detail ke untuk sesuaikan peringkat industri baru la inovasi kita tu boleh diaplikasikan. Wow, kalau dapat tu, memang bangga sampai anak cucu lah.

Pasal minda aku fikir macam tu, keghairahan aku nak capai impian tu jadi tawar pulak. Inilah ceritanya. Jadi apa yang aku punya misi dah bertukar. Jadilah aku seperti sekarang ni.

:)

- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, June 02, 2010

Seketika @ Kota Bharu

Last2. Aku berpeluang juga balik ke Kelantan. Pasal event Kongres Nasional PKR @ Kelantan Trade Centre. Alhamdulillah semua berjalan lancar, walaupun memang diakui ada masalah ketika event tu ke udara. Namun semua dapat di atasi hasil 'sabar'.

Dan yang paling bermakna juga, ketika Live @ Padang Perdana, KB, sabtu lalu. Kerjasama antara Kelantan TV & TVSelangor. Memang bermakna. Sebagai kawan lama, kerjasama itu sungguh berjaya. Harap-harap akan ada event bersama satu hari nanti.

Dan selang beberapa hari SELCAT ke4 menjelang tiba. Sekali lagi team production di bawah Mr Ishak bertungkus lumus pasang barang di SUK Selangor pula.

Apapun. Memang kena waspada dengan kesihatan badan. Pelahan2 jalan yerr.




- Posted using BlogPress from my iPhone