Thursday, February 14, 2013
Bila Orang Johor 'Pakar' Bercakap Mengenai Masalah Orang Kelantan
Baru-baru ni, aku balik Kelantan melalui Kampar - Cameron Highlands - Galas (Gua Musang) - Kuala Krai - Melor. Jadi aku singgah dulu di Kampar. Dijadikan cerita, ayah jiran sebelah rumah adik ipar aku tu, orang Permas Jaya, Johor.
Jadi terlanjur bercakap, pak cik tu buka la topik pasal Kelantan, pasal aku perkenalkan diri aku orang asal Kelantan. Isu yang bermain di benaknya adalah mengenai isu air di Kelantan. Wow ! Sungguh menakjubkan, orang Johor begitu ambil berat mengenai masalah orang Kelantan.
Bunyi seperti ini,
"Pak Cik nak tanya mana perginya peruntukkan beratus juta ringgit yang kerajaan persekutuan bagi kat Kelantan?"
Aku hanya tersengih dan aku uji kecekapan pak cik ni mendapat info mengenai isu itu. Hehe, merujuk kepada kepakaran beliau mendapat berita itu. Aku tidak mahu berbahas, memandangkan pak cik ini tidak didedahkan dengan informasi di hujung jari.
Kepada yang nak tahu, mengenai isu air Kelantan. Eloklah tonton sendiri video di atas. Ingin aku highlight-kan disini. Kerajaan Persekutuan, hanya meminjamkan wang sebanyak RM600 juta kepada kerajaan Kelantan (perlu bayar balik ye,..) untuk menyelesaikan masalah air. Peruntukkan RM 600 juta untuk period 15 tahun sepatutnya peruntukkan itu hanya untuk 5 tahun sahaja.
Monday, February 11, 2013
Hebat Manipulasi Keadaan di Kelantan...
Realiti tahap kesedaran penduduk yang betul-betul menetap di sini aku tidak tahu. Pasal aku merantau dan menjalani kehidupan aku di luar kelantan agak lama.
Sesekali aku pulang ke kelantan, sesekali itulah aku boleh belajar pola sebenar penduduk Kelantan.
Kali ini, aku berpeluang ke Jerteh, Besut dan Setiu. Peluang yang aku guna sambil-sambil aku memenuhi undangan majlis perkahwinan kaum kerabat aku.
Tiba-tiba aku dengar celoteh DJ Radio di satu kawasan yang hebat menyanjung tinggi pemimpin ulul albab ini dari segenap penjuru.
Celotehnya mudah, prasarana di kawasan Terengganu adalah kecekapan kerajaan negeri yang memerintah. Ini tidak lain seperti jalan raya, tempat berniaga, kemudahan asas semuanya atas usaha kerajaan negeri.
Apabila masuk kawasan Kelantan, aku 'tune' semula radio ke stesen radio kelantan. DJ radio berkenaan juga berceloteh mengenai kesenangan yang dinikmati penduduk Kelantan. Ini termasuklah 'flyover' jalan yang sudah siap di kawasan Kota Bharu, tapi yang membuatkan aku tersengih. Itu semua berkat kerajaan persekutuan yang memberikan prasarana itu untuk rakyat. Jasa kerajaan negeri langsung tidak disentuh seperti DJ Radio kawasan Terengganu tadi.
Mungkin mereka yang berkenaan menganggap rakyat bodoh atau itu adalah proses pembodohan rakyat di luar bandar.
Wow, hebat propaganda murahan ini dicetuskan oleh kerajaan persekutuan yang memerintah. Rata-rata memang benar, rakyat yang sekadar mendapat info satu hala, berjaya dijinakkan dengan agenda ini. Namun, generasi baru yang hidup di perantauan, bagaimana tahap kefahaman mereka. Aku kira seperti yang dianaliskan umum, faktor generasi muda inilah akan menjadi undi penentu di kawasan-kawasan sebegini.
Adakah pengundi muda ini sanggup membiarkan ibu bapa mereka terus diracun dan di perbodohkan dengan propaganda licik murahan sebegini rupa ?