Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Monday, October 07, 2013

Keberkesanan Apps MyTeksi

Assalamualaikum,

Secara tidak dirancangnya, aku perlu menghantar kereta Myvi aku ke bengkel Perodua USJ pasal nak baiki kerosakan akibat kemalangan 31/7/2013 yang lalu, sekarang dah 7/10/2013 punyalah lama kan nak baiki, banyak cerita disebaliknya yang aku terangkan melalui posting aku yang akan datang.



Fokus aku kali ini mengenai Apps MyTeksi yang mengagumkan aku ! Aku 'risik' juga melalui PakCik Google ni siapa disebalik MyTeksi ni, maka keluarlah cerita bahawa:

MyTeksi yang dimiliki oleh Anthony Tan (gambar) cucu pengasas Tan Chong Motors iaitu keluarga ke-11 terkaya di Malaysia khabarnya mendapat sokongan penuh PEMANDU malah PM sendiri ghairah mempromosikan MyTeksi di laman Twitternya sekaligus memberikan promosi secara percuma kepada syarikat tersebut. 

Menurut sumber dalaman MyTeksi sendiri, Ketua Jurutera syarikat tersebut yang bernama Fadrizul merupakan penyokong tegar 505 yang sering memburuk-burukkan UMNO termasuk DS Najib Tun Razak.

 Aku secara jujurnya tak kesah samaada syarikat yang mencipta MyTeksi ni adalah cina atau melayu, yang pentingnya disini, idea yang bernas ini perlu dipuji jika ia membantu orang ramai. Aku sebenarnya sudah lama pesimis mengenai teksi ni, dan jika aku guna pun jika terdesak. Tetapi melalui apps ini aku lebih yakin dengan teksi berbanding dahulu.


Semuanya bermula macam ni, lepas aku hantar kereta aku ke bengkel di Perodua USJ, aku perlu balik rumah, bayangkan aku perlu bawa isteri, anak-anak aku. Rasanya guna bas atau LRT tak sesuai dengan orang ramai yang berasak-asak dan jarang kalau ada orang yang simpati dengan orang yang mendokong anak kecil untuk diberi tempat duduk, maka kebarangkalian aku untuk berdiri tu agak lama.

Jadi aku pun pergi ke Mydin (dekat Summit USJ) untuk cari teksi untuk balik. Maka adalah sederet geng teksi kawasan perkarangan Mydin tu. Aku pun bertanyalah kepada geng tu boleh hantar ke Subang Bestari tak ? Hrrmm.. dengan geleng kepala sambil baca surat khabar, menunjukkan tak mahu, member teksi sebelah pula bagitahu, pukul 12 tengahari mereka nak ambil anak sekolah, Wow... !!! Yang aku tak tahan ketua mereka tu tak pandang aku,.. kerekkk sehh...

Isteri aku pun bisik kat aku, cubalah Apps MyTeksi tu.. Aku dah Install awal Apps tu tapi tak pernah pakai. Jadi aku berlalu dari kawasan 'Kerekkk' tuh dan pergi ke perhentian bas. Kebetulan ada teksi berhenti turunkan penumpang, aku terus tanya kalau boleh hantar aku balik, hrrmm.. katanya tunggu penumpang. Nampaknya aku kena cuba jugak MyTeksi ni, buka Apps isi maklumat apa yang patut dan beberapa saat sahaja, aku dapat 'trace' teksi yang ada dikawasan sekitar dan dapat nama, nombor teksi yang akan ambil aku di perhentian bas tu.




Malah, MyTeksi juga emel kat aku detail mengenai Teksi yang akan pick-up aku..

Aku rasa, mana idea yang bagus baik kita gunakan, seandainya ia membantu orang ramai. Cubalah, kalau tak elok atau elok sekalipun, jom kita kongsi. Terima Kasih.