Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Saturday, March 29, 2014

Lantang Bersuara, Perlu Atau Tidak ?

Bersuara salah, tidak bersuara pun salah, akhirnya serba parah !

Hakikat ini perlu kita amati dan faham dengan lebih cermat jikalau mahu bersuara dengan lebih vokal dan lebih berintonasi. Alhamdulillah,pelajaran awal arwah ibu aku sejak aku masih kecil lagi, masih disemat hingga ke hari ini, bahawa seandainya sesuatu yang salah pada pemahaman kita, ubahlah dengan tanganmu, jika tak boleh, gunalah lidahmu, jika tak boleh juga, gunalah hati mu.

Namun, untuk aplikasi dalam kehidupan agak rumit dan perlukan strategi untuk melakukannya. Apatah lagi,  jika kita masih 'junior' dalam sesuatu organisasi itu.

Dalam sesebuah organisasi itu pula, biasanya mempunyai tukang ampu, yang ampuh membodek ketuanya tanpa mengira betul atau salahnya. Akibatnya,  tukang membuat kerja yang tidak mahu ambil peduli politik pejabat,  akhirnya menjadi mangsa. Keadaan ini, sentiasa berlaku.

Berbalik kepada diriku. Aku yang 'malas' mengambil tahu hal ehwal politik pejabat, akhirnya merasai peritnya dipolitikkan oleh tukang ampu yang ampuh disisi ketua. Soalnya, perlukah kita menjadi pengampu seperti tukang ampu itu untuk membetulkan keadaan ? Rasanya api tak usah dilawan dengan api, takut nanti terbakar diri.

Tahniah kepada tukang ampu itu yang berjaya mempunyai pangkat untuk memijak orang dibawahnya, juga mempunyai kuasa untuk menutup pandangan ketuanya dari kepompong diluar lingkup kebiasaannya. 

Dulu pernah seorang yang ku anggap sifu dalam bidang yang ku ceburi kini, meminta aku ke hadapan untuk menjadi ketua dan secara langsungnya berjinak dengan politik pejabat. Namun aku menolak, kini orang yang bukan ahlinya ke hadapan untuk memegang tanggungjawab itu.

Akibatnya, organisasi itu carcamarba dan aku merasa sekarang ini, bahawa perlu juga aku menjadi Imam sekiranya jemaah memerlukan aku disitu dan dalam masa yang sama bersedia menjadi makmum seandainya jemaah memerlukan aku berbuat demikian.

Itu peristiwa lampau sebelum aku membuat keputusan untuk berpindah tempat kerja. Sekurang kurangnya apa yang berlaku ke atas diriku sekarang ini, menyedarkan aku bahawa, tidak salah untuk ke hadapan untuk memimpin sesuatu organisasi dengan niat kerana Allah.
Maaf 'sifu'....

Sunday, March 23, 2014

Review : Astro IPTV Powered By Maxis HSBB

Jam 10:05pagi, 22/3/2014 maka rasmilah engagement aku dengan Astro IPTV + Maxis HSBB. Sebelum aku langgan aku telah 'bersiar-siar' di internet untuk mengetahui sejauh mana maklumbalas pengguna selurruhhnya! Mengenai Astro IPTV ni. Majoritinya cukup negatif, siap tunjuk video lagi nak tunjukkan betapa 'buffer'nya IPTV ni berbanding Unifi.

Aku dah mula langgan 2 atau 3 bulan lepas, tapi tak ada feedback, sehinggalah pihak Astro call aku untuk kerja penyambungan. Namun seperti yang aku tahu melalui bacaan aku yang merayau-rayau lebih awal di internet, cara dan susur galur Maxis HSBB ni lebih kurang sama dengan Unifi, bezanya Wifi Router je, Fibre Modem tetap sama rupanya, siap ada cop TM lagi. Cuma cap Fibre Modem ni lain, Unifi guna Huawei, Maxis pakai ZTE. (Kalau salah, betulkan aku yer,.. hehe)


 (Fiber Modem Astro IPTV & Unifi)


(Maxis Wifi Router)

Astro PVR-nya masih sama, pasal kat belakangnya dah ada soket LAN untuk disambungkan dengan Maxis Wifi Router. Dari segi teori dan praktikalnya, sama sahaja dengan Unifi iaitu pecahan bandwidth antara IPTV dan bandwidth internet untuk kegunaan kita. Maklumat tu seperti yang diberitahu orang teknikal ASTRO yang datang hari tu lah.

Ohh yer,.. lagi satu, minima 'cabling' digunakan untuk rumah aku, pasal rumah aku ni jenis apartment, jadi 'built in' cable internet sudah ditanam dari 'Master Port' internet dengan rumah aku ni. Kalau untuk rumah teres, lain pula 'cabling' dia. Macam gambar kat bawah ni.


Itu dari segi 'hardware'. Sekarang kita beralih 'dalaman' dia pulak. Sepanjang pengalaman melayari IPTV Unifi, masa nak tonton dan nak navigate dalamannya menggunakan remote, agak slow sikit pick-up-nya. Pendek kata, tidak smooth. Tapi IPTV Astro ni, iaitu dalam beberapa hari aku navigate, agak licin dan boleh navigate seolah-olah sedang menggunakan Astro yang ada piring tu.



OK,.. setakat beberapa hari ni, prestasinya masih baik dan yang penting bil internet, telefon dan IPTV sekarang adalah dalam 1 bil. Kalau ikut pengiraan kasar, bil internet dan Astro dah dijimatkan sebanyak RM 50. Dari segi kekuatan, bandwidth 5 Mbps dah jadi 10 Mbps dan banyak lagi value added dari pakej ni.

Itu jelah setakat ni,.. semoga berjumpa lagi di lain hari,..