Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Sunday, October 19, 2014

10 Mitos Berkenaan Skor Kredit Yang Perlu Anda Tahu...

Ini maklumat berguna untuk semua. Benda ni aku pun tak tahu dan agak-agak jer, masa nak 'apply' loan rumah dulu. Rupanya lain. Benda berkait rapat dengan kesihatan CCRIS (Central Credit Reference Information System) #link http://creditbureau.bnm.gov.my/ccris.html

Ok,.. jom kita lihat

#1 - Umur yang menentukan skor kredit saya

Mitos: jika anda muda, #skor kredit anda adalah lebih bagus!

FAKTA: umur bukanlah pengukur untuk skor #kredit yang bagus, tetapi jumlah kredit yang diambil atas nama anda



#2 - Skor kredit isteri/suami saya menjejaskan skor kredit saya

Mitos: skor kredit anda akan terjejas sekiranya anda mengahwini seseorang yang mempunyai skor kredit yang buruk

FAKTA: skor kredit dinilai berdasarkan kredit anda sebagai individu bukan sebagai pasangan 



#3 - Elakkan daripada mengambil sebarang kredit

Mitos: skor kredit saya akan lebih bagus sekiranya saya tidak mengambil sebarang pinjaman

FAKTA: anda perlu mengambil sekurang-kurangnya satu pinjaman (biasanya kereta atau rumah) untuk mewujudkan skor kredit anda 



#4 - Menyemak laporan kredit saya sendiri akan menjejaskan skor kredit saya

Mitos: skor kredit anda akan terjejas sekiranya anda membuat semakan

FAKTA: anda boleh membuat semakan setiap tiga bulan secara percuma tanpa menjejaskan skor kredit anda 



#5 - Membayar tunggakan bulan sebelumnya akan memadam rekod tunggakan dalam skor kredit anda

Mitos: tunggakan anda akan dijelaskan/dibersihkan sekiranya anda telah membayar tunggakan tersebut

FAKTA: laporan kredit (CCRIS) menyimpan data anda selama setahun, dan akan menunjukkan sekiranya anda ada sebarang tunggakan atau telah membayar tepat pada masanya 



#6 - Jika saya membayar baki pinjaman kad kredit saya, saya mempunyai skor kredit yang sempurna!

Mitos: skor kredit anda akan menjadi sempurna jika anda membayar baki kad kredit anda

FAKTA: skor kredit anda bergantung kepada jumlah kredit yang anda ambil 



#7 - Skor kredit yang rendah akan memberi impak kepada saya selama-lamanya

Mitos: skor kredit yang rendah akan memberi impak yang negatif kepada anda selama-lamanya

FAKTA: selepas suatu tempoh dan semua tunggakan telah dijelaskan, skor kredit anda akan berubah kepada positif

 


#8 - Menutup akaun selepas membayar penuh kredit tersebut memberi kelebihan dalam skor kredit saya

Mitos: menutup akaun anda akan memberikan kesan positif kepada skor kredit anda

FAKTA: ia akan menjejaskan skor kredit anda (sedikit sebanyak) kerana pihak bank akan membuat semakan dan skor kredit anda akan menunujukkan sejarah yang lebih pendek 



#9 - Mengurangkan had kredit akan menaikkan skor kredit saya

Mitos: mengurangkan had kredit anda dapat membantu menaikkan skor kredit

FAKTA: mengurangkan had kredit anda akan menjejaskan skor kredit anda kerana anda dilihat kurang meyakinkan/dipercayai 



#10 - Lebih banyak kadar faedah yang saya bayar akan menjejaskan skor kredit saya

Mitos: semakin banyak jumlah kadar faedah yang perlu dibayar, semakin teruk skor kredit anda

FAKTA: jumlah faedah yang anda bayar tidak memberi impak yang besar kepada skor kredit anda 



Rujukan: http://www.akpk.org.my/my/ 

P/S: Ok,.. moga bermanfaat untuk semua. Ini untuk pesanan untuk diri saya juga supaya dapat merancang dan menangani dengan baik kredit kita. 

:) 

Thursday, October 16, 2014

Buat Persiapan Dulu Sebelum Berani Ambil Kad Kredit ......

Aku naikkan 'kenyataan' ini pasal aku saksikan kawan aku yang dah ambil kad kredit dan akhirnya ambil keputusan tarik diri kerana tak mampu tanggung beban.

Sebelum ni pun aku tak ada 'hitam-putih' mengenai perbelanjaan aku setiap bulan, semuanya melalui agak-agak sahaja dan tulis atas 'notepad'. Itu sahaja, sebenarnya ia tak cukup, ada keperluan lagi yang perlu disediakan sebelum guna kad kredit ni.

Alhamdulillah setakat aku guna kad kredit ni iaitu pada Oktober 2012 hingga sekarang, aku masih mampu kawal apa yang perlu. Apa yang aku lakukan adalah membuat pengiraan guna 'Excel Office' setiap bulan. Macam ni (tengok bawah...)


Ini contoh perbelanjaan bulanan. Mungkin yang dah tahu lebih pasal excel ni boleh buat lebih apa yang aku buat ni. Pendek kata, bila kita isi nombornya, automatik excel akan tolong kirakan untuk kita. Bila cukup masa nak bayar, bayarlah kepada bank-bank yang berkaitan.

Benda ni boleh sentiasa update dan InsyaAllah kita akan dapat berapakah perbelanjaan kita sebenarnya. Lepas tu baru boleh tentukan nak beli barang lain guna kad kredit kita lagi kah atau sebaliknya.

Jadi, kad kredit ni kerjanya tolong auto-pay (standing instruction) kepada bil-bil yang kita ada. Kita cuma isi atau bayar ke akaun bank mengikut jumlah yang keluar di 'Agensi Pembayaran' tu. Maka dalam kes ni, kad kredit adalah wang kita yang kita ada dalam poket.

Moga perkongsiaan ni ada manfaatnya kepada semua.

:)