Kebelakangan ini, pengunjung di mana jua ceramah melibatkan BERSIH 2.0 sentiasa disajikan dengan adegan yang mencabar kesabaran sesiapa sahaja samaada tua atau muda.
Semalam, ketika berlangsungnya Pidato Khas dan Solat Hajat di Stadium Malawati, Shah Alam, adegan merampas baju jualan BERSIH, mencuri tumpuan pengunjung yang pada awalnya khusyuk mendengar pidato yang disampaikan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad.
Ternyata kejadian ini memberikan sebab yang jelas mengapa penganjur perlu menasihatkan penjual baju mahupun barangan BERSIH 2.0 di dalam kawasan ceramah yang dikawal ketat oleh Unit Amal bagi mengelakkan kejadian sama berulang di mana jua lokasi ceramah BERSIH 2.0
Malah, kelibat orang yang menjadi penonton di dalam ceramah juga perlu diperhatikan. Kebetulan, saya sempat memerhatikan 2 orang yang berbadan tegap menjadi penonton dalam ceramah berkenaan. Namun, ketika YB Khalid Samad mula berucap iaitu sekitar jam 10:30 malam, tanpa disangka-sangka pemuda berkenaan bangun meninggalkan majlis. Tidak lama selepas itu, keadaan diluar stadium kecoh dengan rampasan baju BERSIH dan pada masa yang sama, kenderaan polis tiba di luar kawasan berkenaan.
Namun kecekapan Unit Amal membuat benteng manusia diluar pintu masuk stadium berjaya meredakan ketegangan yang berlaku antara polis dan orang ramai.
Sebelum itu, petugas dan orang ramai menemui paku dan objek tajam berselerakan di kawasan letak kereta.
Pengawasan yang lebih ketat perlu dilakukan untuk mengelakkan kejadian ini berulang di mana jua ceramah BERSIH 2.0
0 comments:
Post a Comment