Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Saturday, March 23, 2013

Allah Buat Yang Terbaik Untuk Kita...

"Sesungguhnya Allah buat yang terbaik untuk kita".

Ungkapan yang aku pegang dan menjadi dos penenang kepada aku untuk mendekatkan diri dengan Sang Pencipta.

Tanpa disangka-sangka bapa saudara pergi meninggalkan kami. Arwah aku anggap pakcik yang sentiasa kelakar dan penghidup suasana setiap kali pertemuan keluarga, terutama bila berkumpul musim perayaan di Kg Bukit Payung, Besut.

Sebab kematian adalah stroke. Kalau dahulunya ketika aku mula-mula berkahwin dengan isteri aku, arwah yang paling sempoi tegur aku dan menjadi titik tolak kepada aku menyesuaikan diri dengan keluarga baru aku.

Aku tak sempat tatap untuk kali terakhir wajah arwah pasal aku bertolak balik dari Shah Alam - UMP (Pahang) - Terengganu - Kelantan, agak lama dan arwah dikebumikan selepas waktu Asar hari yang sama. Arwah menghembuskan nafas terakhir pada pagi hari berkenaan.

Aku sempat hadiri tahlil sebelah malamnya. Untuk meringankan memori silam, sempat ke Pantai Irama, Bachok untuk merenung sejenak ketentuan Allah.

Tanpa disangka,  umur aku yang mencecah awal 30an kini kehilangan insan tersayang agak ramai. Sesungguhnya Allah tidak akan uji hambanya sekiranya hambanya tidak mampu menanggungnya.

Saturday, March 16, 2013

Deringan yang ku rindui...

"Awe, bilo nok piliherayo nih?"

Hrmm, soalan yang sering ditanya oleh Arwah Mek aku melalui panggilan telefon satu ketika dahulu.

Aku yang ada serba sedikit pengetahuan menghuraikanlah serba sedikit mengikut kemungkinan yang berlaku. Dahulunya aku banyak menganalisis dan dicurahkan ke blog, tapi sejak bekerja di Shah Alam (2009), aku hanya curahkan kepada arwah sahaja.

Kebanyakannya kena, walau bukanlah sepersis mana. Sekarang, masa hampir tiba. Dengarnya 28 Mac ini. Jika arwah masih hidup dan sihat, aku percaya, arwah ketika ini sibuk untuk menghadiri ceramah yang best-best. Jika tidak pun menelefon aku untuk bertanya mengenai peristiwa yang sedang berlaku, mungkin mengenai fenomena jeneral tentera yang kini ramai bersama Pakatan Rakyat.

Apapun kini, tugasnya di dunia telah berakhir. Kita yang masih hidup ni, jalankanlah tanggungjawab demi negara kita ke arah yang lebih dinamik. Bukan sahaja di dunia, namun juga di akhirat nanti.

Friday, March 15, 2013

Kalau Aku Tahu Awal... Tak nak aku tukar

Alkisahnya... aku tergerak hati nak kemaskini penama di bil elektrik aku kepada nama aku. Walaupun aku dah pindah ke rumah baru sejak awal tahun lalu (2012), nama di bil masih lagi tidak ditukar.

Sebelum ni aku dah diterangkan oleh otai kawasan rumah aku tu, bawa dokumen S & P (Sale & Purchase) untuk ke TNB untuk proses pertukaran nama. Memang aku bawa dokumen tu, tapi prosedurnya memang 'boleh tahan'. Aku kena isi borang beserta dengan borang angkat sumpah. Siap kena 'mati stamp' lagi.

Tanpa berlengah terus aku ke pejabat pos nak beli stamp tu.

Lepas tu aku tanya kerani pejabat pos tu, "Mana nak matikan ni?" Terus dia jawap, "Pesuruhjaya sumpah di Anggerik Mall atau Kompleks PKNS".

Ironiknya, aku ke Anggerik Mall, pesuruhjaya sumpah tak ada, jadi aku pergilah ke Kompleks PKNS,  tingkat 1 - tutup (pejabat pun macam nak pindah je). Tingkat 2 - kerani tu jawap, "Maaf Encik,  kita tak buat, cuba ke Plaza Perangsang. 

Lepas tu aku patah balik ke Anggerik Mall, pun dia jawab tak boleh buat, kena ke Plaza Perangsang. Apa lagi aku merayap pula ke plaza tu, tingkat 9. Lepas sampai, pergi kaunter 4, terus 'matikan stem'. Mati jugak akhirnya.

Patah balik ke TNB, aku kena bayar cagaran RM210 dan bayaran proses RM 3. Dah la nak beli stem pun bayar RM 20.

Hrmmm, kena bayar rupanya, ingatkan tak kena, kan elektrik rumah aku ada seperti sediakala. Tertunggak pun tak ada. Letih pun dapat, duit pun terbang. Kalau aku tahu, aku biarkan je, pakai nama dulu. Ermmm...

Tuesday, March 05, 2013

Teringat pulak Kampung halaman...

Sambil aku cari makanan nak berkudapan malam ni di ofis, singgah kejap 7 Eleven bawah ofis aku ni. Sekali terpandang keropok keping ni, buatan Sri Aman, Pasir Puteh,  Kelantan.

Aku pernah cover pembuatan keropok ni beberapa tahun lalu. Teringat pulak, rumah tinggalan arwah ibu aku di Pasir Puteh. hrrmmm...