Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Tuesday, December 29, 2015

[Video] Solat wajib tutup mata ? - SJA

Kadang-kadang aku berdepan juga dengan hujah 'cerdik-pandai' mengenai solat ni. Ada yang aku kategorikan 'loyar buruk', ada yang macam tak masuk akal. Nak tahu detail mengenai ajaran sesat berkenaan solat ni, apa kata kita dengar sendiri dari S.S. Dato' Hj. Abdul Majid bin Omar yang dikupas dari kitab bertajuk Solat Panduan Komprehensif Mengikut Mazhab Shafie.

 

Thursday, December 24, 2015

[Video] Ustaz Azhar Idrus : Tanda dahi hitam bukti kuat beribadah ? - SJA

Sesi soal jawab agama yang berlangsung di Masjid Al-I'tisam, TTDI Jaya.

[Video] Ustaz Dusuki: Macam mana nak bahagia ? - SJA

Soal Jawab Agama - disampaikan oleh Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani di Masjid Negeri Shah Alam, Selangor. Kuliah ini disampaikan di ruang solat bawah masjid setiap hari Isnin, jam 10 pagi.

Saturday, December 05, 2015

Berkhatan.... Dulu dan sekarang

Hari ni, anak aku yang baru nak masuk darjah satu, berkhatan. Tanpa dirancang, aku tempah 'slot' di Klinik Famili Denai Alam. Sebenarnya aku tak tahu jenis berkhatan yang disediakan, selepas sampai di klinik baru aku tau. Cara cautery.  Benda ni digunakan untuk memotong lebihan kulit dan buatkan darah tu terhenti (bakar salur darah).

Maklumlah aku dulu masih pakai pisau bedah macam biasa, jahitnya taklah teliti sangat, pasal nanti akan dibalut. Ini jahitannya cukup teliti dan cantik. Masa proses berlangsung aku duduk dalam bilik operation tu dan ada bersekali dengan anak aku ketika berkhatan, baru aku tau... oohh, begini caranya. (Gambar tidak disediakan,.. harap faham). Bezanya kali ni, bila dah siap dijahit, dia letak macam ubat sikit dan siap. Takda balut membalut. Jadi macam jahit 'luka dalam' lah pulak.

Lepas tu aku ada tanya doktor pasal pemakanan, doktor cakap kalau ikutkan tak ada pantang. Tapi kat sini, kita buat macam ni lah, benda yang luka kita mahu dia cepat kering dan sembuh dengan elok, jadi amalan orang tua tu, eloklah diamalkan. Yang ni terserahlah pada anda, demi anak anda. Hehe...

Jadi,.. apa yang arwah emak aku bagi kat aku,.. aku turunkan kepada anak aku pulak. Makan ikan bakar, ikan yang tak gatal. Makan dengan nasi panas-panas. Bezanya masa dulu emak aku bab bakar ikan lainlah rasanya... pasal makan ikan sungai bakar lah maka aku sampai sekarang suka dengan ikan bakar ni.

Sini, ada ikan sungai tapi dibela. Tak apalah,... nak cari macam kat kampung memang jauhlah...

Mula-mula si Aiman Haziq ni senyumlah,..

Oklah,..bukan aku nak 'briefing' pun rasa dia macam mana, tapi biarlah dia rasa sendiri dan tak perlulah ulas, pasal dia perlu laluinya jugak walau briefing dahsyat macam mana pun.

Lagipun, inilah gerbang ke arah dewasa. Sakit, pahit,.. manis, masin kehidupan, inilah masanya. Lepas bersunat, mukanya jadi macam ni.
Faham-fahamlah, sebelum ni, jatuh sikit pun dah merengek, kali ni biarlah tahap immune sakit tu bertambah sikit. Apa yang pasti, semuanya berjalan lancar dan dia berjaya bertahan, tapi taklah sampai meraung. Alhamdulillah.

Episod berikutnyaa.. akan dikemaskini dari semasa ke semasa. :)

Saturday, July 25, 2015

Tawarnya PAS masakini - 2 (Friendly Fire)

Sekarang ni, pihak yang kalah dalam pemilihan Muktamar PAS di Kuala Selangor, baru-baru ni telah membentuk entiti baru iaitu Gerakan Harapan Baru (GHB). Apabila terbentuknya entiti ni, maka bermulalah tembak menembak yang dulunya satu jemaah tanpa henti, sehnggalah ketika artikel ini ditulis.

Di mana untungnya gerakan itu ?

Baik. Setelah kalah, sudah pasti kumpulan ini masih mahu berjuang, tapi di mana ? Dahulu bila kalah tidak nampak havoc sangat kerana hanya melibatkan perseorangan sahaja, sekarang sudah berkumpulan ! Saya rasa kerana inilah entiti ini dibentuk, pasal ada team.

Pendek kata, hasil dari muktamar yang baru lalu, menampakkan PAS mahu berada di posisi sebagaimana PAS ketika sebuah badan yang tertumpu kepada batang tubuh PAS sahaja, yang hanya hiraukan kata pimpinan atasan parti sahaja tanpa mengambil pusing pendirian rakan pembangkang yang lain.

Adakah PAS sekarang ini menyesal kerana terlalu memberi role bebas kepada pimpinannya rapat dengan rakan pembangkang yang lain ?

Itulah yang saya rasa, kerana selepas sekian lama, mungkin PAS sedar apa yang diputuskan oleh pimpinan atas tidak lagi mengiyakan 100% tetapi ada cakap-cakap dan pandangan sendiri dan banyak yang mahu seragamkan dengan rakan pembangkang yang lain.

Suasana yang ada sekarang dalam PAS tidak ubah seperti masa PAS tanpa wujudnya tali Pakatan Rakyat. Namun tidak mustahil kalau jika pilihanraya akan datang, apabila bertanding mahu berunding pembahagian kerusi seperti biasa.

Friendly Fire GHB - PAS

Inilah yang merugikan sekarang ni, macam budak-budak. Sekarang ni, zaman tengah meleset dengan ekonomi, saya rasa golongan muda sudah tak ambil kisah pasal gaduh-gaduh antara dalaman parti ni, apa yang sedang fokus adalah untuk meruntuhkan BN dan melegakan kembali kos sara hidup yang sedang dialami.

Jangan buatkan golongan ini bosan sudah lah. Walau apa yang berlaku, saya berpendirian tidak setuju dengan pertengkaran kebudak budakan ini, hentikanlah dan fokus nak jatuhkan BN dan melegakan kemelesetan ekonomi ni.


Monday, February 09, 2015

Tawarnya PAS Masakini - 1

Bismillahirrahmanirrahim....

Apa yang nak aku tulis ini adalah luahan dari persepsi aku semata-mata dan rasanya jika mahu bersetuju supaya tidak bersetuju dengan penulisan ini, aku tidak akan ambil hati. Pada mulanya aku ingatkan selepas pemilihan kepimpinan terbaru PAS, maka susur galur agenda untuk rakyat tersusun rapi, tapi sangkaan aku meleset.

Dulu aku ingatkan debu yang ada dalam PAS akan pergi begitu sahaja, tapi debu-debu itu melekat dan terus menebal sehinggakan gear yang lancar dahulunya makin bergerigi dan kemungkinan gear itu akan 'jem'.

Baru-baru ini, secara tak sedar aku bergerak menyelusuri suara rakyat atas pagar dan rakyat yang sudah lama terdedah dengan gerakan PAS, rata-ratanya respon yang aku dapati, makin ramai yang sudah 'tawar' dan tidak mahu mengambil kisah sangat dengan apa yang berlaku dalam kepimpinan PAS.

Disudut media PAS pula, semangat juang penulis makin lama makin menunjukkan keletihan dan tidak tahu 'gerakan' yang harus disusun. Ke kiri salah, ke kanan pun salah. Apa sebenarnya yang terjadi sebenarnya ? 

Adakah tiada lagi haluan untuk ke hadapan, atau sudah mula munculnya bibit ego dalam diri ? Maka tidak hairanlah bila ada kelompok yang membuat kumpulan sendiri dan keadaan ini membuatkan persepsi negatif rakyat yang menyokong PAS makin menebal. 

Dahulunya, perbezaan pendapat boleh dilurutkan menjadi selari apabila ketua yang berpengaruh mengeluarkan suara, tapi sekarang aku nampak suara itu tidak ada lagi dalam kempimpinan yang ada sekarang. Ya, label melabel makin hari makin berani tapi sampai bila mahu sebegini....

.. bersambung

Wednesday, February 04, 2015

Ehh.. Betul ke kawasan ni Apartment dah cecah RM 200K ?

Sejak beberapa bulan lalu, aku dapat sms dari broker-broker rumah yang offer andainya nak jual rumah. Ada ready buyer katanya. Aku dah lama tak tengok pasaran semasa rumah di kawasan aku ni,  jadi nak tahu sangat apa yang berlaku, aku ke page jualan rumah seperti iproperty atau paling tidak pun mudah.my.


Ini contohnya, takpelah nombor phone broker tu tersiar pun, tapi bukan broker ni yang call yer,.. ini contoh saaja yang dikutip dari iproperty. Di mudah.my atau web yang seangkatan dengannya pun lebih kurang jer harganya.


Hasilnya aku tengok harganya Apartment Mutiara Subang, Seksyen U5 ni dah mencecah RM 200K, setahun dulu pun hampir cecah RM 160K. Kenapa mendadak sangat ni, apa sebenarnya berlaku. OK, andaian aku, jalan short-cut yang menghubungkan ke perumahan Elmina sudah pun siap dibina, begitu juga dengan projek MRT yang sudah nampak bentuknya. Projek Mahsing yang dipanggil Dsara Sentral pun dah nampak bentuknya. 

Ermm,.. apa keputusan aku, semuanya kuasa Allah, dulu kawasan ini yang tak berapa ramai yang pandang sekarang dah jadi hotspot.


OK, pasal sewa pulak, kalau rujuk web ibilik.my boleh cecah RM 900 sebulan, itupun kalau ada perabut dan perkakas lain. Ermm,..