Saturday, December 07, 2013
Bila Bosan Melanda....
Sekarang, bermacam kemudahan dah ada dikawasan ni. Satu lagi yang best kawasan ini adalah kampung yang berdekatan dengan tempat aku tinggal iaitu Kampung Paya Jaras, Kg Kubu Gajah, dan beberapa kampung lain. Kalau nak cari barang yang berkait dengan kampung, boleh cari kawasan tu dan jika pandai cari boleh yang harga murah, maklumlah 'direct supplier'.
Kampus Help University yang baru dan MRT baru tengah rancak dalam pembinaan, memang aku tak sangka kawasan ni akan berubah jadi macam ni. Kepada yang melawat blog ni dan ingin tahu pasal kawasan ni pasal rumah kediaman, eloklah cari cepat pasal kalau ikut harga rumah berbanding 3 tahun lalu, dah naik harga beberapa puluh ribu. Dengan inflasi yang dijangka naik bermula tahun depan dan seterusnya, lagi mendadaklah naik.
Spekulasi ni, bila dah bermain-main di media perdana, memang sakitlah jawabnya. Ditambah pulak dengan harga barang asas yang makin meningkat, tarif elektrik dan sebagainya yang bakal 'distrukturkan semula', hrmmm.. paham-paham ajelah.
Inilah posting aku bila dah bosan....
Monday, October 07, 2013
Keberkesanan Apps MyTeksi
Secara tidak dirancangnya, aku perlu menghantar kereta Myvi aku ke bengkel Perodua USJ pasal nak baiki kerosakan akibat kemalangan 31/7/2013 yang lalu, sekarang dah 7/10/2013 punyalah lama kan nak baiki, banyak cerita disebaliknya yang aku terangkan melalui posting aku yang akan datang.
Fokus aku kali ini mengenai Apps MyTeksi yang mengagumkan aku ! Aku 'risik' juga melalui PakCik Google ni siapa disebalik MyTeksi ni, maka keluarlah cerita bahawa:
MyTeksi yang dimiliki oleh Anthony Tan (gambar) cucu pengasas Tan Chong Motors iaitu keluarga ke-11 terkaya di Malaysia khabarnya mendapat sokongan penuh PEMANDU malah PM sendiri ghairah mempromosikan MyTeksi di laman Twitternya sekaligus memberikan promosi secara percuma kepada syarikat tersebut.
Menurut sumber dalaman MyTeksi sendiri, Ketua Jurutera syarikat tersebut yang bernama Fadrizul merupakan penyokong tegar 505 yang sering memburuk-burukkan UMNO termasuk DS Najib Tun Razak.
Aku secara jujurnya tak kesah samaada syarikat yang mencipta MyTeksi ni adalah cina atau melayu, yang pentingnya disini, idea yang bernas ini perlu dipuji jika ia membantu orang ramai. Aku sebenarnya sudah lama pesimis mengenai teksi ni, dan jika aku guna pun jika terdesak. Tetapi melalui apps ini aku lebih yakin dengan teksi berbanding dahulu.
Semuanya bermula macam ni, lepas aku hantar kereta aku ke bengkel di Perodua USJ, aku perlu balik rumah, bayangkan aku perlu bawa isteri, anak-anak aku. Rasanya guna bas atau LRT tak sesuai dengan orang ramai yang berasak-asak dan jarang kalau ada orang yang simpati dengan orang yang mendokong anak kecil untuk diberi tempat duduk, maka kebarangkalian aku untuk berdiri tu agak lama.
Jadi aku pun pergi ke Mydin (dekat Summit USJ) untuk cari teksi untuk balik. Maka adalah sederet geng teksi kawasan perkarangan Mydin tu. Aku pun bertanyalah kepada geng tu boleh hantar ke Subang Bestari tak ? Hrrmm.. dengan geleng kepala sambil baca surat khabar, menunjukkan tak mahu, member teksi sebelah pula bagitahu, pukul 12 tengahari mereka nak ambil anak sekolah, Wow... !!! Yang aku tak tahan ketua mereka tu tak pandang aku,.. kerekkk sehh...
Isteri aku pun bisik kat aku, cubalah Apps MyTeksi tu.. Aku dah Install awal Apps tu tapi tak pernah pakai. Jadi aku berlalu dari kawasan 'Kerekkk' tuh dan pergi ke perhentian bas. Kebetulan ada teksi berhenti turunkan penumpang, aku terus tanya kalau boleh hantar aku balik, hrrmm.. katanya tunggu penumpang. Nampaknya aku kena cuba jugak MyTeksi ni, buka Apps isi maklumat apa yang patut dan beberapa saat sahaja, aku dapat 'trace' teksi yang ada dikawasan sekitar dan dapat nama, nombor teksi yang akan ambil aku di perhentian bas tu.
Malah, MyTeksi juga emel kat aku detail mengenai Teksi yang akan pick-up aku..
Saturday, March 23, 2013
Allah Buat Yang Terbaik Untuk Kita...
"Sesungguhnya Allah buat yang terbaik untuk kita".
Ungkapan yang aku pegang dan menjadi dos penenang kepada aku untuk mendekatkan diri dengan Sang Pencipta.
Tanpa disangka-sangka bapa saudara pergi meninggalkan kami. Arwah aku anggap pakcik yang sentiasa kelakar dan penghidup suasana setiap kali pertemuan keluarga, terutama bila berkumpul musim perayaan di Kg Bukit Payung, Besut.
Sebab kematian adalah stroke. Kalau dahulunya ketika aku mula-mula berkahwin dengan isteri aku, arwah yang paling sempoi tegur aku dan menjadi titik tolak kepada aku menyesuaikan diri dengan keluarga baru aku.
Aku tak sempat tatap untuk kali terakhir wajah arwah pasal aku bertolak balik dari Shah Alam - UMP (Pahang) - Terengganu - Kelantan, agak lama dan arwah dikebumikan selepas waktu Asar hari yang sama. Arwah menghembuskan nafas terakhir pada pagi hari berkenaan.
Aku sempat hadiri tahlil sebelah malamnya. Untuk meringankan memori silam, sempat ke Pantai Irama, Bachok untuk merenung sejenak ketentuan Allah.
Tanpa disangka, umur aku yang mencecah awal 30an kini kehilangan insan tersayang agak ramai. Sesungguhnya Allah tidak akan uji hambanya sekiranya hambanya tidak mampu menanggungnya.
Saturday, March 16, 2013
Deringan yang ku rindui...
"Awe, bilo nok piliherayo nih?"
Hrmm, soalan yang sering ditanya oleh Arwah Mek aku melalui panggilan telefon satu ketika dahulu.
Aku yang ada serba sedikit pengetahuan menghuraikanlah serba sedikit mengikut kemungkinan yang berlaku. Dahulunya aku banyak menganalisis dan dicurahkan ke blog, tapi sejak bekerja di Shah Alam (2009), aku hanya curahkan kepada arwah sahaja.
Kebanyakannya kena, walau bukanlah sepersis mana. Sekarang, masa hampir tiba. Dengarnya 28 Mac ini. Jika arwah masih hidup dan sihat, aku percaya, arwah ketika ini sibuk untuk menghadiri ceramah yang best-best. Jika tidak pun menelefon aku untuk bertanya mengenai peristiwa yang sedang berlaku, mungkin mengenai fenomena jeneral tentera yang kini ramai bersama Pakatan Rakyat.
Apapun kini, tugasnya di dunia telah berakhir. Kita yang masih hidup ni, jalankanlah tanggungjawab demi negara kita ke arah yang lebih dinamik. Bukan sahaja di dunia, namun juga di akhirat nanti.
Friday, March 15, 2013
Kalau Aku Tahu Awal... Tak nak aku tukar
Alkisahnya... aku tergerak hati nak kemaskini penama di bil elektrik aku kepada nama aku. Walaupun aku dah pindah ke rumah baru sejak awal tahun lalu (2012), nama di bil masih lagi tidak ditukar.
Sebelum ni aku dah diterangkan oleh otai kawasan rumah aku tu, bawa dokumen S & P (Sale & Purchase) untuk ke TNB untuk proses pertukaran nama. Memang aku bawa dokumen tu, tapi prosedurnya memang 'boleh tahan'. Aku kena isi borang beserta dengan borang angkat sumpah. Siap kena 'mati stamp' lagi.
Tanpa berlengah terus aku ke pejabat pos nak beli stamp tu.
Lepas tu aku tanya kerani pejabat pos tu, "Mana nak matikan ni?" Terus dia jawap, "Pesuruhjaya sumpah di Anggerik Mall atau Kompleks PKNS".
Ironiknya, aku ke Anggerik Mall, pesuruhjaya sumpah tak ada, jadi aku pergilah ke Kompleks PKNS, tingkat 1 - tutup (pejabat pun macam nak pindah je). Tingkat 2 - kerani tu jawap, "Maaf Encik, kita tak buat, cuba ke Plaza Perangsang.
Lepas tu aku patah balik ke Anggerik Mall, pun dia jawab tak boleh buat, kena ke Plaza Perangsang. Apa lagi aku merayap pula ke plaza tu, tingkat 9. Lepas sampai, pergi kaunter 4, terus 'matikan stem'. Mati jugak akhirnya.
Patah balik ke TNB, aku kena bayar cagaran RM210 dan bayaran proses RM 3. Dah la nak beli stem pun bayar RM 20.
Hrmmm, kena bayar rupanya, ingatkan tak kena, kan elektrik rumah aku ada seperti sediakala. Tertunggak pun tak ada. Letih pun dapat, duit pun terbang. Kalau aku tahu, aku biarkan je, pakai nama dulu. Ermmm...









