Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Sunday, September 19, 2010

Bila Kelantan Naik Minyak..!!!

"Doa adalah senjata ampuh orang mukmin."

Yup, itu adalah semestinya dan doa oarang yang dizalimi jangan dipandang rendah. Sampai bila kerajaan pusat nak bongkak itu dia punya pasal, hidup mati bukan dia empunya. (Mati kangg.. ada pilihanraya pulak). Apapun, isu ni dah dimainkan sampai peringkat dunia dah. Al-Jazeera pun dah pick-up isu ni. Maka makin 'merudum'-lah FDI Malaysia kan..?? Itu Mukhriz cakap la.

Ni petikan video yang telah dimainkan di Al-Jazeera.

Friday, September 17, 2010

Bila Kelompok Tak Mau Keluar Dari Kepompongnya...

"Terlajak Perahu Boleh Gostan, Terlajak Facebook Boleh Delete, Terlajak Kata... Gaduh Sedunia".

Pasal tak nak gaduh-gaduhlah maka aku selalu berkias dalam berkata-kata mahupun ketika menulis dimana-mana sahaja. Pasal tak ramai yang open-minded dan boleh terima kata-kata yang straight-forward. Tapi kalau ditegur, perlahan-lahan, InsyaAllah akan dengar juga. Batu yang kena titisan air pun lama-lama boleh lekuk, inikan pula hati manusia.

Sabar itu penting walaupun ia sukar ditafsirkan dengan kata-kata betapa geramnya kita, tapi... bersabarlah. Manusia sejak zaman Nabi Adam A.S lagi telah dijadikan Allah berbeza-beza, supaya kita saling berkenalan. Kita sekarang di Malaysia pun macam tu, BN 'tak ngam' dengan PR, UMNO 'tak ngam' dengan PAS. Dalam parti komponen pun macam tu juga, sama saja.

UMNO, MCA, MIC pun dah setengah abad bersama dalam BN (dulunya Perikatan), pun masih bertelagah antara satu sama lain untuk buat kerja, inikan pula Pakatan Rakyat, muda sangat. Tapi, belajarlah terbuka sikit, jangan duduk terperuk sangat dalam kepompong tu. Mana boleh tegur, tegurlah, apa salahnya.


Jadi, apa yang aku nak cakap ni, bacalah dengan hati yang terbuka;

Dulu aku pernah emailkan permintaan kepada webmaster tranungkite.net, supaya meletakkan dan menguar-uarkan link tvselangor.com. Mungkin pasal web ni nampak PKR, maka tak endah sangat, web lain yang pro-PAS letak pula link dia. Mana boleh promo tu promolah, bukan agenda nak porak perandakan PR pun, tujuannya untuk kita bersama.

Entahlah,... kalau webmaster tu tersilap pandang atau lupa tak apalah, nanti letaklah link tu nanti, ataupun 'pakai tangan-tangan ghaib' juga untuk buat keputusan. Adoi.. letih-letih...

Monday, September 06, 2010

Isu Iklan Raya 'Santa Clause': Akhirnya TV3 mohon maaf..

Gara-gara iklan sebegini (letak gambar jelah nanti akupun dapat saham jadi penyebar video ni pulak)..



Maka, TV3 malam tadi mohon maaf mengenai promo raya sebegitu. Siap ada Group di Facebook lagi yang menentang iklan ni. Jadi ini, petikan kenyataan rasmi tv3 mengenai video berkenaan.



Tapi aku, senada dengan ahli-ahli group protes tu, aku juga nak tahu;
a) KAMI MAHU TAHU SIAPA DIRECTOR IKLAN INI
b) KAMI MAHU TAHU SIAPA YANG MERANGKA STORYBOARD IKLAN INI
c) KAMI MAHU TAHU ADAKAH IKLAN INI DISENGAJA ADAKAN SEDEMIKIAN RUPA ATAU TIDAK DISENGAJAKAN
d) APA JAMINAN TV3 YANG PERKARA INI TIDAK AKAN BERULANG?

(Senada dengan FB Akhi Fairuz Al-Jengkari)

Betul ke ni 'TimeTable' Mr Imegresen... ?

Salah siapa.. salah website Imegresen kee atau memang mereka ni kerja ada jadual tapi tak ikut waktu piawai..?? Pagi tadi aku ke Imegresen Shah Alam, khabarnya dari mulut kawan aku (En Nahar) & website Imegresen 'kata' Sabtu-Ahad mereka kerja tapi separuh hari. Jadi aku pun ke pejabat Imegresen laa.. walaupun ikut plan aku, nak pegi hari Isnin. Ini laman web Imegresen tu punya info..




Haa.. Inilah kesahnya.. tapi takpelah, janji aku pergi dan tau situasi sebenar. Dan aku siap telepon Imegresen di Terminal 3 Lapangan Terbang Subang lagi pasal masa urusan pejabat imegresen tu. Hasilnya, tukang jawab telefon pun kata, yang buka ofis hari tu untuk urusan imegresen adalah di Shah Alam & Damansara.. haa.. apa dah jadi...

Hu Hu Hu...

Saturday, September 04, 2010

Apa aku pilih... ??

Sepanjang hidup aku ni, banyak barang MLM datang depan mata aku, semuanya masa aku duk dalam Universitu. Omegatrend, Unilever (ada jugak tapi aku tak tahu benda MLM ni wujud atau tak), dan beberapa lagi MLM yang aku dah lupa namanya. Kebanyakannya aku masuk dengar taklimat dan jarang aku nak active.

Lepas tu masa aku kerja, aku di datangi kawan yang perkenalkan HPA. Aku daftar tapi aku tak aktif. Barang-barang HPA aku akui memang bagus, tapi masa tu yang paling terkenal produknya, Kopi Radix. Aduii.. memang ramai suka kopi ni, tapi aku ni jenis sejak azali pening kalau biasakan diri dengan kopi ni. Lastly aku balik kepada 'produk' kesukaan aku tapi bukannya MLM, iaitu jus buah macam twister, dan Peel Fresh. Produk ni berkhasiat tapi aku kadang-kadang terfikir, kalau ada benefit bagus jugak ni.

Dipendekkan cerita, pada pandangan aku, lepas aku belek2 produk hpa dan yang terbaru Monavie. Aku akan gunakan keahlian HPA aku untuk beli barang-barang seperti ayam atau makanan segera seperti RFC (Radix Fried Chicken). Dan untuk kesihatan seperti masalah gaout ke, resdung ke, dan macam2 masalah kesihatan aku akan aktif dengan Monavie.

Thursday, September 02, 2010

Nampaknya Jalanraya KL ke Kelantan tak besar-besarlah... dendam??




Tadi aku tengok VOD Buletin Utama, dapatlah tengok berita apa yang bermain di Malaysia 'Perdana' ni. Salah satu berita yang aku rasa tercabar adalah pasal berita ni, bendanya simple je, pasal tak puas hati kondisi pihak atasan (EPU & JKR) berkenaan pembaikpulihan jalan dengan Kerajaan Pahang, inilah natijahnya bila lalu jalan orang nak ke Kelantan. Pada padangan aku, mungkin MB Pahang fikir, tak ada mileage yang besar untuk teruskan projek, kalau dia fikir orang lain, mungkin dia akan gunakan politik untuk selesaikan masalah ni.

Dipendekkan cerita, mungkin lebuhraya ni akan bertukar wajah bila Pakatan Rakyat control Pahang. Tapi mungkin orang lain akan fikir, serahlah kepada BN negeri pantai timur (Kelantan), nanti akan berubah wajahlah. Bagi aku, kalau BN control Kelantan, keadaan ni akan jadi kompleks, pasal masing-masing akan dapatkan share masing-masing untuk bina jalan tu. Tol semestinya akan ada. Jangan jadi macam PLUS sudah lah.. mahal tol berbanding minyak...

:)

Wednesday, September 01, 2010

Kan best kalau ada mesin boleh balik zaman kecik2..




Seingat aku, time-time aku masih dibangku sekolah dulu, bila tengok tv (masa tu tv1, tv2, dan tv3 je), rasa releks je, semua masuk je dalam minda aku tanpa banyak soal. Tengok berita rasa ok lah tak pening-pening, sampai dalam satu tahap, segala berita aku nampak semuanya baik sebelah kerajaan pusat ni, semua puji je, takkan kerajaan maksum ? Lepas tu aku mula pening kalau tengok berita kat tv ni.

Aku rasa kalau aku tak banyak bangkang, aku mungkin jadi rakan sekuliah aku masa universiti dulu, kerja je, politik dunia takde, hanya duit je 24/7. Jadi Engineer yang materalistik je.. Huhu..

Apapun aku rindu dengan suasana puasa di kampung aku masa aku kecik-kecik dulu, main kejar-kejar masa malam tiba, main mercun beli (bukan buatan sendiri tau..) dan makan jeruk sampai aku batuk takleh keluar suara. Tapi itu dulu, ada orang tua di kampung aku yang boleh menjadi ketua. Sekarang semua takde dah, malah Ustaz yang aku segani pun dah tak ada, yang tinggal golongan muda yang tak ada pengalaman dan bebas, maksudnya takda pemantau faktor sosial dalam kampung aku. Maka adalah kejadian, kahwin free, anak lahir 'tak cukup bulan', Mat Pet dan macam-macam lagi.

Rinduuu....