Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Sunday, November 29, 2009

Larat la jugak sikit-sikit

Seperti yang aku katakan dalam posting sebelum ini, aku buat kerja edit video - transmission - cue live.

Tak sangka pulak video parlimen mengenai royalti minyak tu aku pakai hari ini, ini gara-gara satu program yang sepatutnya masuk list play pada pukul 3 petang, tak siap edit, jadi aku masukkan dalam list live streaming hari ini.

Pukul 8.45 malam, barulah datang video editor kata program tu dah siap edit, hrmmm. Kalau dia promise aku boleh siap masa tu, mungkin boleh lagi aku tunggu, tapi masalahnya aku dah siap2 masuk dlm list aku sebelum pkl 8 malam lagi, habis macam mana, kalau aku adjust mahu aku sangkut live aku, ingat transfer main petik jari kee..??

Ppeehh... Angin aku kejap. Apa-apa hal aku masukkan pada waktu yang sama ( jam 3 petang) esok hari. Sorryyy banyak- banyak...

Huhuhu...


- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, November 28, 2009

Edit Video - Transmission - Recording

Semua di atas akan aku cuba buat seorang esok, cara lone ranger satu ketika dahulu di TVPas. Yang membataskan aku esok mungkin Edit Video pasal laptop aku satu pun tak best untuk buat editing pasal... Windows Vista, Windows XP adalah terbaik bagi aku untuk buat editing setakat ini.

Jadi esok, aku akan turun tingkat 2 untuk editing. Video yang aku cuba kerjakan adalah petikan parlimen mengenai royalti minyak di Kelantan, ada Nazri Aziz dan MP Pakatan Rakyat yang lain. Hrrmmm... Belum apa-apa dah diumum... Tengoklaj, kalau siap maka aku akan siarkan secara berulang di live streaming tvselangor... Hehe... (siap ke tak ekk... :p)


- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, November 27, 2009

Maxis Broadbang Day 2

Pagi tadi, punya la banyak isteri aku pakai internet Broadband maxis ni, maklum lah tengok youtube, hrmmm...

Kalau diikutkan kalau nak main internet tanpa batasan, streamyx dan Wimax (pakej ofis) adalah yang terbaik. Bukan ke best kalau maxis broadband ni unlimited...!!! Tak payah ada kouta dia.

Aku mula search pakej streamyx untuk dipasang kat rumah aku, masalahnya kena daftar telefon talian tetap pulak, kalau wimax tak payah... Hrrmmm




- Posted using BlogPress from my iPhone

That Is It !

Ini bukan pasal MJ dan konsert lastnya, dan ia juga tak bersangkut paut dengan muzik barat sekalipun. Ia pasal melodi yang bermain-main di Kota Darulnaim. Husam, Tok Guru Nik Aziz dan dot dot dot...

Nampaknya politik Kelantan terus di kepuk airnya agar ia terus beralun, dengan harapan alunan itu boleh membentuk ombak ganas yang boleh merebahkan sesiapa sahaja yang melibatkan PAS Kelantan.

Setelah aku keluar dari team media PAS (yang dianggap kelahiran songsang) satu ketika dahulu, aku mula cuba mengelak untuk mengulas apa yang berlaku dalam rumahtangga kerajaan Kelantan pimpinan Tok Guru, lebih-lebih lagi mengenai 'insan' yang hadir dalam kerajaan Kelantan.

Apa yang aku ingin komen ringkas sahaja, ada hikmah disebalik apa yang berlaku di Kelantan, baik untuk Husam, Tok Guru, dan semua pihak. Yang pasti, Tok Guru sedar dan tahu apa yang terbaik untuk Kelantan dan Islam seluruhnya. Pihak yang tertewas awal-awal lagi perlu menilai tahap prestasi mereka. Terbaik atau bagaimana ? Adakah apa yang terbentuk di Kelantan hasil kerja 'dia' atau hasil kerja semua pihak yang sayangkan Kelantan ?

Akhir qalam... hanya mahu bertanya menagapa yang ada dikesampingkan yang tiada diwujudkan akhirnya semua tak jadi apa..

Thursday, November 26, 2009

Maxis Broadband Day 1

Macam biasa, bila aku try peralatan baru, aku akan test, aku test dengan speedtest. Memang seperti yang aku agak downlink memang standard 1.xx Mbps dan uplink lingkungan 0.04 Mbps. Dan ini antara pengiraan mudah penggunaan internet


File/ Application Average Size

Email - Text Only = 0.005 MB
Webpage = 0.15 MB
Music File(4 mins) = 5 MB
Movie Trailer (3 mins)= 30 MB
Online game (1 hour) = 33 MB
Streaming Audio (1 hour) = 60 MB
Streaming Video (1 hour) = 140 MB
Digital Image = 0.2 MB

** Hmmm... pandai2 lah guna ye...

Test Maxis Broadband...

Sebelum ini, aku dengar macam-macam pasal broadband ni, kebanyakkannya memang negatif dan celcom adalah yang terbaik. Bagi aku, No Comment.

Pasalnya, bagi aku kalau nak line stabil, baik guna streamyx pasal sah-sah pakai LAN cable. Kalau Wimax, aku cukup suka pasal dia ni stabil bila ada coverage baik. Tapi kena pastikan jugak, wimax yang dipakai tidak melebihi kouta penggunaan yang diberi.

Tapi apapun, Malaysia lebih mementingkan bandwidth untuk download berbanding upload, biasanya, tak kiralah wimax ataupun streamyx yang dedicated line pun, upload 300 -400 kbps sahaja, tak kiralah dia janjikan berapa Mega sekalipun.

Pasal bandwidth yang limited pun satu hal jugak, kalau penggunaan dah cecah kouta yang ditetapkan maka down lah performancenya. Jadi masa tu tak payahlah merungut macam mana pun, pasal itulah janjinya.

Jadi sedarlah semua bahawa Malaysia masih berada tahap rendah kualiti internetnya berbanding Singapura, Hong Kong dan bebarapa negara Asia lain. Dalam parlimen baru-baru ni, dalam pembentangan Bajet 2010 baru-baru ni, kerajaan nak upgrade internet. Jadi sama-samalah kita lihat.

Apapun hari ni aku dapat bawa balik Maxis Broadband yang ditawarkan pihak maxis untuk mencubanya, 2 bulan free. Dari semasa ke semasa, aku akan tulis apa yang perlu aku tulis mengenai performance Maxis Broadband ni.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, November 17, 2009

Corat coret.... Dunia aku

Petang tadi, aku selesai tugas aku dalam kerja live streaming sidang DN Selangor yang bermula 8 Nov lalu. Semalam, kerana hujan, aku pertama kali drive kereta ke pejabat - SUK Selangor. Rasanya kalau tak hujan & terdesak nak ke SUK aku tak merasa drive sendiri.

Lepas abisnya persidangan petang tadi, aku terus ke bangunan SUK, untuk laksanakan fasa kedua sistem yang diumumkan oleh MB Selangor dalam sidang beberapa hari lalu. Tapi pasal data yang diberi tak seperti yang sebenarnya, kerja tertangguh.

Esok aku pergi lagi ke SUK, doakan misi aku esok berjaya...

Amin...


- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, October 11, 2009

Kenapa BN patut kalah dlm pilihanraya di Bagan Pinang

Ini bukan pendapat aku je, Tengku Razaleigh pun fikir benda yang sama...

Cuba baca:

"Better to lose the battle - Razaleigh

Much as the likely win by Tan Sri Isa Samad in Bagan Pinang today would be welcomed by the leadership after the string of losses Umno has suffered, I am afraid what the nation needs is for Umno to lose again. This is because again we have fielded a candidate proven to be corrupt.

A win by Isa would translate into an endorsement of corruption-as-usual within the party and the government that it leads.

For the good of the party, the dignity of the Malay community it claims to represent and for the sake of the nationwide reform in governance and politics that we must undergo, it would be better if Umno lost today, and used the loss to begin internal reform.

Corruption is the scourge of the country. Umno is a step away from being identified with that scourge."

Jadi orang yang fikir dalam2 dari segenap aspek faham kenapa BN perlu kalah.



- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, October 10, 2009

Secara rasmi aku dah tukar rumah sewa...

Semalam aku dah angkat barang2 dari rumah aku di Gombak ke Shah Alam. Mak mertua aku, ayah mertua aku, adik beradik ipar aku datang dari Kelantan angkat barang untuk proses pemindahan.




Semalam juga, ada 2 meeting yang penting dalam mencorakkan masa depan aku, meeting di 2 tempat berlainan. Tapi tak la jauh pejabat tu.




Pasal blog ni pulak, hrrmm... Aku sempat update template je, yang lain2 widgets tu aku tak sempat letakkan lagi..

Oklah... Dalam tulisan aku seterusnya aku akan perihalkan pasal keadaan rumah baru aku pulak.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, September 29, 2009

Tanpa Ibu & Bapa siapalah kita...

Semalam lagi aku dapat sms dari kawan aku, tentang keadaan kesihatan ibu kawan sepejabat aku, CT Jaja. Sekilas pandang Jaja ni periang je, tak sangka pulak jauh dilubuk hatinya pendam tentang sesuatu.

Tidak cukup dengan itu, khabarnya bapa Jaja juga hadapi masalah kesihatan yang ditamggungnya sekian lama.

Tengahari tadi, disahkan Mak Jaja telah kembali ke rahmatullah. Petang tadi aku dan kawan sepejabat termasuk big bos-big bos aku ke Kajang untuk melawat jenazah.

Al-fatihah...


- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, September 27, 2009

Apa yang aku fikir sekarang nih.... Hrmm Asam Laksa... Nyum nyum




Hari ni masih dalam bulan raya, bulan syawal. Apa yang terbayang kat dalam fikiran aku sekarang ni... Hrmmm macam gambar kat atas ni, Asam Laksa.

Aku mengidam makan ni masa bulan Ramadhan lagi, tapi masalahnya, apa yang aku rasa, tak menepati citarasa aku. Bila aku makan asam laksa ni aku akan bandingkan dengan Asam Laksa di Jusco, Mid Valley. Hrmm... Melelah air liur aku. Huhu..

Sekarang ni aku dah sampai ke Gombak balik, esok kerja daa. Tapi kat gombak ni mana yang ada Asam Laksa yang best ekk...

Nyum... Nyum...

- Posted using BlogPress from my iPhone

Isa oh... Tun Mahathir




"BN will be announcing its candidate for the Bagan Pinang by-election on Tuesday 29 September, 3pm."

Itu adalah mesej twitter Khairy Jamaluddin mengenai calon yang bakal berentap mempertahankan kerusi Dun Bagan Pinang.

Calon yang diwar-warkan sebelum ini, Isa Samad. Nak tak nak itulah calonnya. Tapi Tun Mahathir Mohamed pulak buat kenyataan (Tak tahulah sinis atau betul-betul), calonkan dirinya berbanding Isa.

Bagi aku, Bagan Pinang memang tough fight, pasal undi tentera yang mencecah 5 ribu di kawasan itu.

Kita tgk nanti 29 hb ni siapa yang bakal diumumkan jadi calon, siapa yang melopong.

Saturday, September 26, 2009

Hasan... Oh Hasan... My Sarjan..

Sana sini sekarang ni bising pasal kenyataan Hasan Ali kritik selcat. Hasan pun ada pendapat dia, PKR ada pendapat dia, DAP pun ada pendapat dia.

Bagi aku releks, dulupun dia ada luah pendapat mengenai penjualan arak. Akhirnya, semua boleh settle down. Kalau org nak buat citer atau tokok tambah citer ni terserahlah. PAS ada ke buat dajal sampai runtuh sebuah kerajaan ? Takdelah. Pernah ke..?

Biasalah orang politik gedebum gedegang dalam dewan negeri atau rakyat, last-last mereka ok jer, pasal semua fikir untuk agama bangsa dan negara jugak. Yang KO dalam politik tu, tak boleh buat apalah, contoh BN.

Yang kecoh ni orang luar ni, rakyat biasa. Jangan emosional sangat. Mereka ok.

Ok.. :)

Friday, September 25, 2009

Betul ke...

Hari ni aku mula balik monitor statistik web, terutama TVAntara, lah... Hehe. Macam yang pernah aku rasa dan alami masa dulu-dulu, masa raya ni memang statistik tak tinggi, maklumlah semua nak raya, tak ada masanya nak tgk berita di internet. Ok, kita lihat hari sebelum raya lagi, 18 hb, masa ni stat ok lagi, apapun turun sikit aje, average ok.

Masuk je 19hb, dah down dah, lingkungan 180 ribu je, hmm... 20 hb hari raya, lingkungan 90 ribu je, lepas hari raya pertama, naik balik dah nak jadi normal.

Apa nak buat ekk...??

Dalam keadaan sekarang dengan era globalisasi ni, sebenarnya masih ramai yang bergantung dengan phone, komputer atau laptop semestinya. Tapi yang ada blackberry, iphone, memang boleh monitor internet kat mana saja. Masalahnya, berapa ramai yang ada kesempatan macam tu. Semua masih bergantung dengan dekstop dan laptop.

Betul ke...??

:)

Kenduri + Raya yang best buat aku



(YB Parlimen Pasir Puteh, Mat Husin pun datang ke majlis kenduri kawin kakak aku)

Cayalah... Boleh la borak seround dua dengan dia. Memang dia ramah.

Sebenarnya aku dah kenal lama masa aku selalu ulang alik ke parlimen lagi, tapi dia tahu macam2 tu la tak la tau aku sebenarnya anak kepada kawan dia dulu.

:)

Saturday, September 19, 2009

PerCubaan Aplikasi ... try, try & keep trying

Tadi je, sahur terakhir dalam bulan Ramadhan tahun ni dan insyaAllah akan bertemu kembali Ramadhan tahun hadapan. (Sedihnyeee...)

Dalam beberapa minggu ni, aku cuba banyak aplikasi untuk web dan aku rasa gembira dan suka hati sikit lepas aku company meeting beberapa hari lalu. Maksud aku pembangunan web TVAntara.com. Dengan kehadiran aplikasi baru (yang aku tak boleh sebut kat sini), diharapkan TVAntara dan media yang sewaktu dengannya akan lebih terserlah lagi.

Selain itu, TVAntara kini juga dah ada FACEBOOK sendiri, dan FB ini boleh diakses walaupun anda bukan ahlinya. Alhamdullah belum sampai sebulan, sehingga artikel ini ditulis, 497 orang dah jadi ahlinya. Syaratnya anda ada akaun FB. Keistimewaanya, bila dah jadi ahli semua berita text dan video akan terus akan dapat kepada anda.

Dan... Pada 8 September hingga 14 September lalu, aku telah gunakan FB itu untuk update breaking news untuk sesi SELCAT baru-baru ni. Dan kepada yang jadi ahli, setiap siaran langsung urgent atau tidak, anda akan terus dihantar instant message ke message box FB anda.

Banyak lagi event akan diumumkan dalam masa terdekat. Yang pentingnya aku update event atau apa sahaja tanpa membuka laptop. Malah, blog ni sekarang pun boleh di update tanpa menggunakan laptop. Aku akan guna laptop bila nak upload video. Hrmm...

Ok, setakat itu aku mengomel pasal aplikasi yang boleh dikongsikan bersama mengenai web TVAntara dan blog nih.

Pasal nak balik kampung pulak....

Malam ni, InsyaAllah aku akan bertolak balik ke kampung dengan bas. Berseorangan!!! Pasal isteri dan anak aku dah lepaskan balik kampung dulu. Team TVAntara silih berganti akan bertugas masa hari raya nanti. Memang diakui bila dah balik kampung tu, ramai yang kurang access internet termasuk TVA, lumrah lah tuh, masa TVPAS dulu pun sama je (sedih sekarang web tu dah tak boleh access, sekarang combine dgn web harakahdaily)

Ok, sekarang aku akan update perkembangan raya aku dan sebagainya melalui FB dan twitter. Dan automatik akan dapat dilihat melalui blog ini. Untuk semua, Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin.

:)

Monday, August 31, 2009

Apa Jadi dengan Tony Fernandes ?

Idris is minister of kpi. What would I like to be or what minister do all of you think I should be.
Ps I think he will be a great minister (via @tonyfernandes)

Itu adalah luahan Tony dalam twitternya, sebenarnya ada relevan juga luahan itu, siapa sebenarnya yang paling berjaya dalam industri penerbangan ni, MAS atau Air Asia?

Dan yang paling awal berjaya kendalikan industri ini siapa sebenarnya, Idris Jala atau Tony..?? Rasanya semua antara kita tahu siapa sebenarnya yang layak..

Dari pengendalian itu kita akan tahu siapa yang berjaya kendalikan sesuatu organisasi dengan cemerlang.

Qalam: "Nasib Badan...."

Saturday, August 29, 2009

Kenyataan mengenai penghinaan Agama Hindu

KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA
Tarikh: 28 Ogos 2009

Parti Keadilan Rakyat
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya

Telefon: +603 7885 0530
Faks: +603 7885 0531
E-Mel: ibupejabat@keadilanrakyat.org
Web: www.keadilanrakyat.org


PARTI KEADILAN RAKYAT MENGUTUK TINDAKAN KUMPULAN MENGHINA AGAMA HINDU

Parti Keadilan Rakyat mengutuk sekeras-kerasnya tindakan sekumpulan 50 orang yang kononnya mewakili penduduk Seksyen 23 di Shah Alam yang telah mengarak dan bertindak menghina kepala seekor lembu dalam memprotes isu penempatan semula sebuah kuil Hindu.

Tindakan mereka ini dengan jelas bertujuan untuk mengaibkan dan menimbulkan kemarahan penganut Hindu yang menganggap lembu sebagai binatang yang suci.

Agama Islam tidak pernah mengajar penganut Islam untuk mencemuh mahupun menghina agama atau kepercayaan orang lain malah telah melarang sekali orang-orang Islam berbuat sedemikian.

Keadilan juga percaya bahawa tindakan ini berupa satu cubaan untuk mewujudkan kemarahan dan kebencian di antara orang-orang Islam dan Hindu sekaligus mencetuskan perbalahan kaum dan agama dan suasana yang tegang di Selangor lantas memberi peluang untuk UMNO untuk merampas balik Selangor sebagaimana yang dilaung-laungkan kononnya atas nama bangsa dan agama.

Keadilan menyeru pihak berkuasa mengambil tindakan yang tegas untuk menjaga keamanan dan keharmonian dan tidak memandang remeh terhadap perbuatan yang jelasnya salah disisi undnag-undang dan berbentuk provokasi dan menggugat ketenteraman awam dan hubungan antara kaum/agama.

Keadilan juga kesal kerana pihak polis Selangor gagal menghalang kejadian ini dari berlaku dan sebaliknya Ketua Polis Selangor menyatakan bahawa tindakan boleh diambil hanya sekiranya terdapat laporan polis. Ini jelas menunjukkan sikap sambil lewa pihak polis seolah-olah membenarkan atau mengalakkan perkara sebegini.

Keadilan meminta semua pihak yang berkenaan untuk bertenang dan berwaspada supaya tidak terperangkap dengan reaksi yang boleh diambil kesempatan oleh pihak UMNO yang berusaha untuk menjatuhkan Kerajaan Negeri Selangor dengan mencetuskan insiden-insiden berunsur perkauman dan agama.


Latheefa Koya
Ketua Penerangan
Parti Keadilan Rakyat

Wednesday, August 26, 2009

(Share) Kenyataan Anwar Ibrahim mengenai kemenangan YB Salleh Man

KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA

Tarikh: 25 Ogos 2009


KEMENANGAN PAKATAN RAKYAT DI PILIHAN RAYA KECIL PERMATANG PASIR BUKTI RAKYAT TOLAK POLITIK UMNO-BN

Saya panjatkan rasa syukur di atas kemenangan Pakatan Rakyat di Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir. Berbulan-bulan diasak fitnah sebagai pengkhianat bangsa dan berhadapan pembelotan, kemenangan hari ini membuktikan rakyat menolak politik acuan pimpinan umno-bn yang memecahbelahkan.

Penghargaan yang tidak terhingga saya ucapkan kepada seluruh jentera pilihan raya kecil, yang tetap bersabar mengharungi kepayahan pada bulan Ramadhan ini. Kepada YB Haji Salleh Man tahniah di atas kejayaan ini dan tunaikanlah amanah dan mandat yang diberikan rakyat.

Kemenangan dengan majoriti meyakinkan ini ternyata, menzahirkan keyakinan rakyat Malaysia terhadap Pakatan Rakyat, hasrat bergelora mahukan Perubahan dan masa depan Pakatan Rakyat yang pasti gemilang.


ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com

Tuesday, August 25, 2009

Sekadar Renungan Al-Baqarah

AssalamuAlaikum,

Have a read through the following verse:

O you who believe! seek assistance through patience and prayer; surely
Allah is with the patient.

http://www.guidedways.com/chapter_display-chapter-2-translator-3.htm#153


Sent using iQuran (www.GuidedWays.com)

Sent from my iPhone

Monday, August 24, 2009

(Share) Kenyataan mengenai ADUN Lunas

KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA


23 Ogos 2009


Pejabat Negeri Kedah,
Parti Keadilan Rakyat,
Lot 6 & 7, Tingkat 2
Kompleks Perniagaan Utama
Jalan Sultana Sambungan
05350 Alor Setar


Tel: +604 7325 593
Faks: +604 7345 593
E-Mel: kedah@keadilanrakyat.org
Web: www.keadilanrakyat.org




Pihak Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) menerima maklum bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Lunas yang juga Exco Kerajaan Negeri Kedah, YB Mohammad Radzhi Salleh, ADUN daripada KEADILAN dan memegang portfolio Exco Pelancongan dan Pembangunan Masyarakat Serta Sumber Tenaga Manusia dalam kerajaan negeri Kedah telah mengumumkan pendiriannya pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini mengisytiharkan dirinya keluar parti dan menjadi ADUN Bebas.


Bagi pihak Parti Keadilan Rakyat Kedah kita amat kesal dengan sikap yang tidak bertanggungjawab ini. Telah menjadi satu kebiasaan apabila ada pilihanraya kecil, akan ada isu-isu lompat parti. Kita menjangkakan ini adalah sebahagian daripada tindakan yang dirancang oleh Barisan Nasional untuk memanipulasi isu menjelang pilihanraya kecil Permatang Pasir pada 25 Ogos nanti.


Prestasi lemah beliau dalam kerajaan negeri juga amat mengecewakan pimpinan parti, ini termasuklah tuntutan perbelanjaan beliau yang tidak munasabah, dan masalah perkahwinannya di Thailand yang kini sedang dalam proses di Mahkamah. Kami juga telah memberi amaran keras kepada beliau untuk membuat perubahan prestasi kerja beliau dan khidmatnya di kawasan, namum beliau tidak bersedia untuk melakukan perubahan yang membuatkan ia mengistiharkan keluar dari parti hari ini. Ekoran daripada itu juga Cabang Padang Serai telah digantung oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan diambil-alih pengurusan dan pentadbirannya oleh Majlis Pimpinan Negeri sehingga mesyuarat agung cabang yang akan diadakan nanti. Keputusan ini dibuat pada mesyuarat MPP 26 Julai 2009 yang lalu.


Sehubungan dengan itu kepimpinan KEADILAN Kedah berdiri teguh mendokong dan menyokong kepimpinan YAB Datuk Seri Ust. Azizan bin Abd. Razak sebagai Menteri Besar dan selanjutnya mencadangkan kepada YAB Menteri Besar untuk memohon pekenan KDYMM Tuanku Sultan Kedah mengugurkan jawatan beliau sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Pimpinan Parti Keadilan Kedah juga dengan ini mendesak YB Radzi juga untuk meletak jawatan sebagai ADUN Lunas.






YB. HJ. AHMAD BIN KASIM
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri
Parti Keadilan Rakyat Negeri Kedah

Saturday, August 22, 2009

Ramadhan datang lagi... Alhamdulillah

Sekarang aku teringat Terawih di kampung masa aku kecik2 dulu, duduk dalam surau, duk belakang, masa tu aku masih nakal, jadi macam-macam aku main kat belakang, gusti tangan la, main genggam tangan siapa lebih kuat la, macam-macam, last-last aku dan kawan-kawan turun main mercun, tengok je lah, aku tak nak beli pasal aku rasa beli mercun bakar duit je.

Kat surau kampung aku tu, ingat semua wajah yang sekarang buatkan aku melinangkan air mata, Ayah Soh, Pok Ku, Tok Wan (Moyang aku), dan tak ketinggalan kawan sepermainan aku masa kecil, Paisal, Mat Lin... dan beberapa nama lain lagi.

Nama yang aku sebut tadi, kini adalah arwah... semua aku tak lupa, mereka tak sempat lagi menikmati Ramadhan lagi, hanya tinggal kenangan. Masa tu, kalau malam2 lepas terawih, aku pergi rumah Paisal beli jeruk2, keropok, jalan2 dalam kampung, macam pesta.

Ingat2 balik memang best masa tu, tapi yang paling penting orang tua yang aku sebutkan nama tadi, tetap kami hormati. Itu memang aku pegang sampai sekarang.

Mak aku, Tok Wan aku, time ni suka ingatkan aku baca al-quran, Tok Wan aku tu adalah guru al-quran aku, bukan aku sahaja, kampung2 sebelah pun adalah anak murid Tok Wan aku.

Jadi bila aku baca al-quran aku teringatkan dia, aku jadi sebak, mulutku sedu, air mataku tanpa aku sedari berlinang... Masa nak hembuskan nafasnya dulu pun, dia asyik sebut nama aku je, dia nak dengar aku baca Surah Yaasin... Lepas aku Start baca Yaasin, dia senyap je, last-last .... Baru dia
Hembuskan nafasnya yang terakhir...
Hrrmmm...

Kenangan... Hanya tinggal kenangan...

Thursday, August 20, 2009

Haa.... baru aku tahu siapa yang baca blog nih

Susah bila kita senyapkan diri, punn susah kalau kita nak bersuara.

Dugaan yang paling mencabar untuk aku hadapi adalah bercakap apa sahaja didepan tanpa fikir perasaan orang lain. Itu susah buat aku, aku nak sahaja cakap lepas, tapi pasal aku fikir orang tua, aku jadi slow sikit.

Apa yang aku tulis, aku cakap dalam blog nih sejak aku mula bekerja dengan tvpas adalah ikut apa yang ada dalam jiwa aku. Bila lupa, yaa... aku memang akui aku lupa, dan aku mohon maaf pasal apa guna menegakkan benang yang basah.

Kedatangan aku dalam mana-mana 'sektor' pun ada yang tak senang hati, sebelum aku masuk sesuatu syarikat lagi. Dan sekarang aku rasa ada yang masih macam tuh. Sekarang aku dah tahu, dah ada yang memantau kembali blog aku, haaa... takpelah selamat memantau. Jadi hidupkan kembali 'pendaftaran' yang mahu buat komen di blog nih.

Disini tegurlah.. bak kata Waheeda.. 'wassini'...

Sunday, August 16, 2009

Segala yang nanti kini dah terburai...

Semalam, aku dah selamat menjalani meeting yang cukup 'runcing'.... Akhirnya selepas 2 jam meeting, semuanya habis dan seperti biasa mesti ada keputusan.

Keputusannya.... Aku dah pindah ke department TX. Hmm... Aku dah lama tahu pasal TX ni pasal Hj Tahir dulu pernah pegang department ni masa dia dengan salah buah tv swasta tersohor di Malaysia ni. Apa yang aku nak tahu... Acronym TX tu..???

Apa yang orang penyiaran istilahkan transmission. Aduh.... Bak kata Big Boss aku, segala kekuatan adalah atas department ni. Huhuhu... Rasa beratnya bahu aku.

'Kawan baik'....???? Hmmm aku akui aku
Ni bukannya perfect, aku bukan malaikat, aku adanya lupa, moody dan aku lihat ketara, bila aku dah banyak kerja, otak aku akan fokus pada satu benda, dan apa-apa yang kacau in between tu... Pasti aku lupa apa yang korang bagi tahu, masa ni note kena bagi aku siap-siap kalau mahu itu dan ini, kalau tak mungkin aku lupa.

Tapi ada yang tak faham, aku jadi mangsa keadaan. Kalau korang jadiacam ni baru korang tahu. (kepada si polan bin si polan). Aku rasa aku jadi macam ni mungkin pasal aku nak save energy utk kerja long term. Dalam keadaan ni ramai yang tak tahu.

Banyak lagi aku nak tulis, tapi cukuplah yang bygone be bygone. Aku rasa aku masih muda lagi(heheh...) dan aku mahu timba pengalaman yang sebaik mungkin.


Terima Kasih semua...

Thursday, July 30, 2009

Degupan makin kencang...

Dah rezeki aku gamaknya, aku dapat belajar sesuatu yang baru tanpa aku sedar atau tak, secara langsung atau tak langsung, tapi ilmu yang aku timba ni insyaAllah aku tak mahu persiakan.

Kali ni, hasil pengalaman aku satu ketika dahulu, aku jalankan satu projek yang pada aku mencabar kerana tenaga kini bukannya tenaga yang aku ada pada ketika itu, kini tenaga baru, masih baru... Dan memang baru. Tapi hasil latih tubi mereka, aku rasa aku boleh lakukan kerja yang diamanahkan ni.

Sistem lebih kurang sama cuma disesuaikan dengan teknologi terkini. Best memang best, dan seperti biasa, aku suka katakan, aku mahu sehabis baik aku. Motto yang aku pegang ketika aku dalam Pengakap dibangku sekolah rendah lagi.

"Buat Sehabis Baik"...

Wednesday, July 29, 2009

Lelapkanlah mataku...

Allah menjadikan malam untuk beristirehat, siang untuk bekerja....

Mungkin aku dah terbiasa balik pagi macam ni, aku susah nak lelapkan mata. Sehingga ke saat aku tulis blog nih, mata aku masih segar lagi, atau pun mungkn juga aku dah rindu sangat kat isteriku yang tercinta... ??? Hmmm... Memang aku kena bawa dia balik ke KL, bersama anak aku...

Atau mungkin juga aku sedang fikirkan masa depan aku..?? Entahlah, banyak sangat dalam minda aku ni. Hari cuti ni aku habiskan masa aku tengok tv, maklumlah susah aku nak tgk tv sekarang nih, kalau tengok pun fokus pada berita je.

Sambil tu aku bawa kawan aku yang kini masih di TVPAS, makan, saje lama tak berjumpa walaupun rumah sebelah kampung je... Memang makan best, cuma yang tak ada Amir yang sekarang kerja dengan MK.

Kalau nak ikutkan nak jugak pergi Midvalley ke, tengok Harry Porter ke, tapi sana sibuk dengan ramai manusia pulak, serabut jugak, dahlah letih nak ke sana, tengok orang ramai je dah letih.

Esok (lepas subuh) bermulalah kerja aku seperti biasa. Heheh, kadang-kadang kita kena tinggalkan pasal kerja juga sekali sekala. Nanti jadi terlalu Extreme politik pulak..

InsyaAllah, hari yang mendatang lebih baik berbanding hari sebelumnya...

:)


Tuesday, July 28, 2009

(share) Himpunan Mansuhkan ISA, 1 Ogos

KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA

Tarikh: 28 Julai 2009

Parti Keadilan Rakyat
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya
Telefon: +603 7885 0530
Faks: +603 7885 0531
E-mail: ibupejabat@keadilanrakyat.org
Laman Web: www.keadilanrakyat.org


Himpunan Mansuhkan ISA 1 Ogos

Pada 1 Ogos 2009 Sekretariat Himpunan MANSUH ISA menganjur satu himpunan besar-besaran. Perhimpunan ini adalah untuk menyatakan sikap rakyat Malaysia terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Protes rakyat menentang akta ganas dan zalim sudah sekian lama dan sentiasa berterusan.

Penggunaan ISA adalah sesuatu pencemaran keadilan undang-undang dan keluruhan perlembagaan Malaysia. Akta ISA ini adalah tiket jahat untuk kerajaan Umno/BN memastikan mereka terus berkuasa. Kerajaan Umno/BN boleh menangkap sesiapa sahaja secara sesuka hati, kerajaan Umno/BN boleh menahan seseorang tanpa waran, tanpa bicara dan tanpa hak peguam. ISA juga membenarkan kuasa yang luas, arbitrari dan tidak boleh dicabar mahkamah menyebabkan berlakunya pelbagai penyeksaan dan deraan fizikal juga mental.

Parti Keadilan Rakyat sangat menghormati prinsip keadilan sebagai hak asasi manusia. Parti Keadilan Rakyat menjunjung tinggi nilai kemanusiaan sejagat. Oleh itu,Parti Keadilan Rakyat menyokong penuh perhimpunan rakyat yang akan dianjurkan untuk menyatakan penentangan terhadap ISA yang jelas zalim dan sering kali disalahgunakan oleh kerajaan Umno / BN.

Pada 1 Ogos 2009 Parti Keadilan Rakyat akan bersama-sama rakyat menyertai Himpunan MANSUH ISA. Semua pimpinan tertinggi, anggota Parti akan hadir bersama Ketua Umum Parti, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyertai perhimpunan aman menyatakan sokongan kepada pihak penganjur dan menyatakan pendirian Parti yang menentang undang-undang zalim.


DATO' SALEHUDDIN HASHIM
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat

###


Delivered to you by / Dihantarkan kepada saudara melalui:

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya

Tel: +603 7885 0530
Fax: +603 7885 0531
E-mail: komunikasi@keadilanrakyat.org
Web: www.keadilanrakyat.org

Heheh... Lega, lega...

Akhirnyaa... Cutii..

Akhirnya aku dapat juga cuti walaupun sehari dari kerja-kerja pejabat. Aku sekarang berani sikit bila staff baru yang diharapkan dapat catch-up editing menunjukkan perkembangan yang cepat. Alhamdulillah.

Bila dah ada pertambahan staff bahagian aku ni, rasa kuranglah sikit tekanan tuh. Itupun kena tunggu staff baru dah boleh diharap buat kerja, kalau tak, aku tak sedap hati nak cuti.

Apa aku nak buat esok yer.. Haaa... Kita tidur dulu, cari ilham dalam tidur... Heheh...

Saturday, July 25, 2009

Apa tu PM Najib...

Flashback...

Balik dengan seribu persoalan...

Aku balik rumah seperti biasa hari ini, Alhamdulillah cuaca baik, jalan ok, tapi sebelum aku turun balik ke rumah, macam-macam bermain di kepala aku, nak tulis dalam blog ni pun aku jadi keberatan.

Orang tua-tua kata, ada ilmu jangan kedekut untuk kita ajarkan untuk orang lain, nanti Allah akan tambah lagi pengetahuan kita, betul tak..???

Tapi ada yang tak nak buat macam tu, pasal takut ada orang lebih pandai dari dia, takut orang lain lebih mendapat perhatian dari dia, dan macam-macam lagi lah... Hari ini aku berjaya berdepan dengan orang begini. Allah bagi peluang kepada aku untuk berdepan dengan orang macam ni.

Tapi tak apalah, benda dah lepas, dia tak boleh bagi, masih ada cara lagi untuk atasinya. Bukan ke semua ilmu itu datang dari Allah...??? Kalau kita berusaha untuk tahu InsyaAllah akan tunjukkan.

:)

Friday, July 24, 2009

Syukur Ya Allah...

Aku bersyukur kerana hari ini aku masih sihat dan bertenaga nak buat kerja, asyil balik pagi aje, semalam, time2 pagi la hujan... Dalam pukul 3 pagi gitu.

Nak dijadikan cerita, aku buat keje macam biasa, aku pulun buat story jer... Edit & edit... Masa tu aku bunyi lain macam kat luar... Peeehhh... Hujan, time2 tu kalau duk rumah dah boleh tidur dgn best lah... Tapi aku baru nak start motor.

Tapi masa hujan dah berhenti, aku nak start motor, ada kereta yang parking(tak payah sebut mana) sedap je tidur. Tak sejuk ke mamat tu. Ditakdirkan hari ni pun dia masih kat situ, tidur jugak... Hrmmm...

Sambung balik citer aku balik pagi2 tu. Masa balik konon nak ikut jalan motor, sekali banjir laahh... Alhamdulillah aku berjaya escape. Masa tu hujan renyai2 jugak, seluar aku pulak belum apa2 dah lencun kena banjir kilat tadi... Adusss..

Tapi apa yang aku nak highlightkan... Alhamdulillah Syukur...

Wednesday, July 22, 2009

Kelam kabut kejap

Rasanya kali ni aku dapat lagi assignment yang memang aku terpinga-pinga kejap, apa tidaknya aku kena buat prototaip 'sesuatu'... Jadi aku kena ambil semua yang bidan terjun, yang penting semua siap dan boleh dibentangkan.

Memang mencabar, tapi bila aku dah dapat bentuk dia yang aku rasa ok, perasaan tu lega sikit.

Ini tambah lagi dengan emosi aku bila dah lama berjauhan dengan keluarga aku dikampung, wajah isteri dan anak aku asyik bermain je di fikiran aku.

Aduh, memang dugaan lah. Sedih betul.

Friday, July 17, 2009

Suka duka kehidupan aku...

Apa tujuan aku kerja di posisi sekarang? Untuk nama ? Pangkat ?
Kedudukan? Aku rasa bukan semua itu yang aku kejar. Apa yang aku nak
adalah kepuasan, minat dan niat aku untuk bantu manusia di Malaysia
ini mana yang harus kita ikut.

Tapi sampai sekarang, aku rasa apa yang aku ada tak cukup lagi, dulu
aku rasa kosong, kini aku dah ada keluarga, Alhamdulillah. Adakah aku
biasa buat orang lain tak puas hati dengan aku? Aku rasa aku buat apa
yang orang atasan aku suruh, jika ada rasa cemburu dan cuba buat aku
jadi lain, maaflah, Allah itu ada dan apa yang kita buat kat orang
lain, tuhan akan bagi ganjaran yang buruk atau baik di akhirat nanti.

Apa yang pasti, aku dah letih hari ni, kerja aku rasa tak la banyak,
tapi kena fikir sesuatu masa kerja tu buat aku letih. Ketika aku
menaip ni, aku sedang menunggu azan subuh, masa sedang tunjukkan jam
5.30 pagi.

Tadi masa aku balik, pak cik yang bawa lori sarat dengan naskhah
akhbar terkini sedang sibuk hantar akhbar ke sana dan ke mari,
sementara itu, bas-bas ekspress tengah berpusu-pusu masuk ke KL.

Dan aku.... Baru sahaja sedang menuju balik ke rumah aku. Hrmmm letih.
Jadi lepas solat subuh ni InsyaAllah aku akan tidur dan kerja balik
petang nanti.

Ini sahaja yang aku boleh kesahkan.... Pasal tools, aku dah mula tahu
apa sebenarnya kegunaan twitter yang boleh aku kira sebahagian dari
blog....

Jumpa lagii....

Sent from my iPhone

Saturday, July 04, 2009

Bila kuman seberang lautan pasifik nampak, gajah depan bulu mata tak nampak....

Bila kuman seberang lautan pasifik nampak, gajah depan bulu mata tak
nampak....

Sabar, bertenang dan jangan melenting. Itu yang perlu dilakukan bila
hadapi manusia yang terlalu agresif tetapi tidak cermat.

Kenapa aku guna tajuk sebegini kerana aku sudah acap kali jumpa orang
macam ni, memang menguji tahap kesabaran apabila kita juga mengikut
rentak mereka. Masa ini lah kita kena rapat dengan Allah untuk memberi
kekuatan untuk terus berada dijalan yang betul untuk bertindak.

Mereka sebegini tidak akan puas sehingga mereka berjaya di atas kita,
tapi adakah apa-apa ganjaran untuk kejayaan sebegitu? Rasanya tidak,
pasal bukan itu selalu diberkati olehNya. Apa yang aku buat, hanya
ucapkan 'Alhamdulillah' dapat pahala lagi. Secara langsung atau tak
langsung, hati kita tenang.

Aku sebelum ini, bila hadapi
Keadaan macam ni suka ucap 'astaghfirallahalazim'... Moga-moga Allah
bagi kekuatan untuk kita hadapi orang sebegini.


Sent from my iPhone

Monday, June 29, 2009

keletihan setelah balik dari Kelantan


https://vr.shapeservices.com/play.php?hash=619c59ad447703fe97db8d0b15dd91b817747d5552294c5a4


Jam 5.30 pagi aku sampai dari Kelantan, petang nanti aku akan ke pejabat.


___
Recorded on iPhone and posted with VR+ Lite.
http://vr.shapeservices.com



Sunday, June 28, 2009

Ikut kata siapa...

Ikut kata siapa...

Hehe... Hari ni posting relax sikit ni pasal teori kehidupan korang
ketika darjah 1 hingga la dah kerja. Dulu kita buat pilihan ikut kata
siapa? Diri kita atau ikut orang?

Bagi aku, dari kecil hingga sekarang aku hadapi evolusi untuk membuat
pilihan samaada aku sedar atau tidak. Aku nak bagi contoh pasal
pilihan aku masa kecil, dulu kita belajar kita nak aliran sastera,
ekonomi atau sains?

Bagi aku, aku lebih memilih sains pasal pada pendapat aku masa tu
sains lebih power dan high class berbanding bidang lain, lagipun kelas
top dalam sekolah semestinya pelajar sains, sekarang kita lihat pula
kehidupan kita sekarang, apa yang menentukan kekuatan dan jangka hayat
syarikat yang kita kerja? Bila ekonomi jatuh, bukankah ramai yang akan
dibuang kerja ?

Aku bagi lagi contoh bila diuniversiti, mula-mula masuk universiti
dulu, apa yang ibubapa kita mahu bila kita dah kerja nanti? Kalau
bukan doktor, engineer. Jadi pastinya seboleh-bolehnya anak-anak
mereka mahu dijadikab doktor atau engineer, baru sejuk hati mereka.
Tapi adakah dengan doktor, anak mereka jadi kaya, aku rasa tidak,
biasanya kerja doktor berat tapi gaji biasa, melainkan kita jadi
doktor pakar.

Aku pula, aku pasal biasa dengan cita-cita aku mahu jadi engineer, aku
ambil degree chemical engineering, tapi bila dah berada di alam
pekerjaan, biasanya mahu pointer tertinggi, kalau tidak pun pengalaman
kerja 2 hingga 3 tahun, itu biasa, dan bila kita berada dalam bidang
kerja tu kita akan bersaing dengan orang lain samaada dalam atau luar
negara, sebangsa atau tidak.

Tapi aku ni mungkin pelik sikit, aku terima apa sahaja peluang kerja
di hadapan aku, dulu ada orang tawarkan aku wartawan, aku terima dulu
mungkib aku fikir untuk sementara, tapi mungkin dah syok dengan kerja
ni aku teruskan, jangan terkejut bidang wartawan ni kalau kita rajin
dan berusaha, gajinya boleh menyamai engineering.

Aku nampak perubahan ketara dalam pemikiran aku semasa aku mula
bekerja dan juga pengalaman bersaing dengan orang lain, dulu aku suka
mengikut tetapi selepas itu aku suka ikut penilaian aku dan fikir
positif apa yang aku buat.

Pada aku, lebih baik kita menjadi diri sendiri dan tidak meniru orang
lain, orang kata kerja itu gaji tinggi, gaji ini rendah tak ada masa
depan, tapi yang penting sekarang, semuanya terletak atas tangan kita,
Allah yang menentukan segalanya.

Gaji, jawatan, peluang dan apa sahaja terletak atas diri kita. Jadi
kini nasihat aku kepada bakal mahasiswa diseluruh negara, timba lah
ilmu dalam apa jua bidang, tapi jangan suka mengikut pilihan orang
tertentu.

Selamat menjejakkan kaki ke menara gading.


Sent from my iPhone

Friday, June 26, 2009

Majlis kesyukuran & Mencukur jambul Aiman

Majlis kesyukuran & Mencukur jambul Aiman

Semalam dan hari ini aku ke merata-merata tempat untuk mengumumkan
majlis kesyukuran anak aku, untuk menjaga hati semua pihak aku panggil
semua kerabat keluarga yang terdekat dari kedua-dua belah pihak.

Itu satu perkara, satu lagi, aku buat persiapan untuk majlis itu, dari
segi masakan, hingga ke peringkat 'Belah Mulut'.

Hari ini selepas waktu subuh, semua dipastikan bersiap sedia untuk
memulakan majlis, sekitar jam 8.30 pagi, majlis bermula.

Aiman hari ini macam sebelumnya senyap je ketika majlis berlangsung.
Selepas adat belah mulut & sebagainya, maka bermulalah majlis makan.

Nampaknya semua under control dan ini membolehkan aku pulang ke KL.
Segala keputusan untuk pulang sebelum ini telah aku bagi tahu kepada
MR J, Alhamdulillah, Mr J sudah bagitahu pentadbiran keputusan aku
untuk pulang.

Untuk semua maaf aku tak inform korang bila aku balik, hanya MR J
sahaja aku bagitahu, kenapa? Pasal Mr J yang cukup sinonim dengan
gelaran Papa oleh rakan sekerja aku ini, begitu faham dan ambil cakna
apa yang berlaku ke atas aku.

Apa yang lebih penting, apa yang aku tulis ni untuk tatapan semua tak
kira rakan sepejabat atau pun para pelayar internet yang lain... Jika
ada yg tak baca, aku boleh print dan tampal di meja korang apa yang
berlaku (rakan sepejabat)

Sekian Terima Kasih.


Sent from my iPhone

Thursday, June 25, 2009

Catatan HUSM (5)

Catatan HUSM

Tarikh: 24 Jun 09

1. Hari ni aku bangun agak awal (tak seperti selalu) untuk settlekan
surat beranak Aiman.
2. Aku call 2 tempat hasil rujukan internet aku, iaitu pejabat agama
Bachok, dan JPN kelantan. Pertama aku call JPN, aku tanya mengenai
status borang yang diisi dan syarat borang yg perlu dipenuhi.
Alhamdulillah pertanyakanku walaupun melalui telefon tak sia-sia
apabila mereka mengatakan perlu surat nikah (yg A4 punya), sedangkan
dah 'berkurun' keluarga mertuaku dah tanya mengenai status surat
berkenaan kpd imam yang menikahkanku kenapa tak siap-siap.
3. Seterusnya aku call pejabat agama atau qadi di Bachok mengenai
status surat tu, selepas 15 minit mereka mencari, akhirnya mereka
mengesahkan surat tu dah siap berserta dengan kad e-nikahnya sekali.
Ini membuktikan tok imam yang menikahkanku tak buat kerja, maaf aku
istilahkan macam tu.
4. Aku dan adik iparku seterusnya ke Bachok untuk ambil surat tu dan
seterusnya ke Wisma persekutuan di Kota Bharu untuk membuat surat
beranak, sebelum itu aku ke HUSM kubang kerian untuk ambil dokumen
dari isteriku untuk di photostat.
5. Tiba di wisma, tidak sampai 10 minit Surat Beranak anak aku dah
siap. Dan secara rasminya nama anak aku termeterai sebagai Aiman Haziq.
6. Beberapa minit kemudian, isteriku call, doktor dah sahkan anak aku
dah sembuh dari Demam Kuning, dan boleh balik pada hari berkenaan
juga. Lega aku dengar perkembangan tu.
7. Jadi selesai kerja buat surat beranak tu, aku ke Hospital untuk
jemput isteriku balik. Rupa-rupanya, Aiman ni dah turun paras demam
Kuning dia semalam lagi, jadi bila dah masuk rawatan rapi, maka paras
dia dah ok dah, alhamdulillah. :)
8. Menjelangnya jam 6.30 petang, isteri dan anakku dah pulang ke rumah
di Pak Badol. Bapa mertua dan adik ipar aku yang willing untuk jemput
isteri dan anak aku pulang.
9. Maka, selesai sudah cerita catatan HuSM ni. Pendek kata, hospital
ni ada bahagian yang bagus dan ada yang langsung aku tak berkenan.
10. Kalau grade aku bagi C- untuk wad bersalin & staf untuk proses
Bersalin, A untuk pembedahan dan A untuk rawatan rapi kanak-kanak.

Sekian... Terima kasih kerana sudi baca laporan aku ni.


Sent from my iPhone

Wednesday, June 24, 2009

Catatan HUSM (4)

Catatan HUSM

Tarikh: 23 Jun 09

1. Isteriku hari ini boleh kembali ke rumah, namun cita-cita tak
kesampaian pasal Aiman dicheck mempunyai demam kuning yang TIDAK
membolehkannya pulang.
2. Jadi Aiman diletakkan di wad 1 Timur Belakang, wad di bangunan yang
tinggi tu. Disana hanya Ibu & Bapa sahaja dibenarkan melawat anak.
3. Apa yang bertuahnya, hari tu hanya 1 katil kosong itu ibu yang
ingin menemannya sepanjang Aiman mendapatkan rawatan intensif dibawah
alat berlampu biru tu.
4. Aku sebelum itu, dah settlekan bayaran untuk isteri dan anak aku
sepanjang dia di wad Topaz dan Baiduri. Selepas aku settlekan bil, aku
dapat surat hospital yang membolehkan anak aku buat surat beranak.

Bersambung...


Sent from my iPhone

Monday, June 22, 2009

Catatan HUSM (3)

Catatan HUSM

Tarikh: 21 Jun 09

Jam 11.18 malam, isteriku berjaya letakkan Aiman dalam bekas 'berlampu biru' tu bagi tangani badannya yang kuning tu... Tapi aku rasa kesian pulak dia, kena duduk dalam alat tu 2 jam, tanpa baju... :(


Tarikh: 22 Jun 09

1. Hasil usaha isteriku untuk tidurkan babyku Aiman dalam bekas berlampu biru tu, akhirnya hari ini Aiman Kelihatan 'kebah' dari tanda kekuningan di tubuhnya, menurut doktor, jika semuanya Ok, isteriku dan Aiman boleh keluar hospital esok. :)
2. Hari ni aku ambil giliran jaga isteriku dan Aiman di wad, aku nekad untuk dapatkan kad peneman yang membolehkan aku solat dan mandi dlm balai peneman, akhirnya aku berjaya, walaupun tinggal 1 hari sahaja lagi aku jaga isteri dan anak aku di HUSM ni, tapi itu dah cukup puas bagi aku.
3. Namun yang hairannya, JAGA perempuan yang selalu bagi aku banyak masalah utk aku solat di balai peneman, banyak pula soalnya, tanya kenapa baru dapat, sebelum ni siapa tunggu dan banyak lagi, aikk.... yg dia byk soal kenapa??
4. Pasal Aiman, hari ni dia masih ada lagi simptom 'kekuningan' di badannya, isteri runsing kalau-kalau Aiman ditahan esok. Aku hanya berserah kpd Allah apa yang berlaku
5. Aiman juga macam garang je dgn aku, ishhhh... Tapi lama-lama dia ok dengan aku...heheh...

Bersambung....

Sent from my iPhone

Sunday, June 21, 2009

Catatan HUSM (2)

Catatan HUSM

20 Jun 09

1. Setelah selesai pembedahan isteriku dipindahkan ke wad Topaz.
2. Aku ikut sama ke wad berkenaan di dapati, wad ini 'kekurangan' kipas siling. Maka berpeluh kami dan para pesakit yang lain.


21 Jun 09

1. Didapati katil isteriku dah dipindahkan ke kawasan yang lebih sejuk.
2. Ibu mertuaku bertanya mengenai keadaan hospital yang kekurangan kipas, nurse disitu beritahu, wad itu sedang dalam proses pengubahsuian, jadi keadaan itu akan jadi lebih baik selepas proses pengubahsuaian.
3. Mengenai keadaan anak aku, aiman hari ini ada ruam sikit kat muka dia, ini pasal keadaan tanpa kipas semalam.
4. Aiman juga tunjuk tanda kekuningan sikit jadi kena letak dibawah alat berlampu biru untuk sembuhkannya. InsyaAllah.


Sent from my iPhone

Catatan HUSM (1)

Catatan HUSM

Tarikh: 16 Jun 2009

1. Jam 5:48 ptg tadi aku pergi minta kad peneman yg membolehkan org yg mempunyai kad berkenaan boleh masuk balai peneman dan beristirehat di dalamnya.
Kata nurse: saya tak perlu kerana kad itu org yang jauh seperti dari Gua Musang, dan kawasan yang jauh... Melor katanya dekat...
Kata aku: aku nak siasat betulke dalam tu org jauh-jauh...

2. Jam 9.45 malam, didapati hanya 2 hingga 3 org lelaki shj dalam bilik peneman (lelaki). Didapati juga, terdapat lebih kurang 5-6 orang wanita 30 hingga 50an menunggu diluar wad, mereka juga tidak layak utk mendapat bilik peneman.

Bagi yg lain, terdapat beberapa tikar yg dibawa oleh keluarga pesakit untuk tidur diluar wad.

3. Sekitar jam 12:00 tgh malam, kakak ipar aku ( staff nurse di HKL ) cuba hubungi nurse yg memberitahu balai peneman hanya utk orang tertentu sahaja,
kakak iparku :nasihatkan nurse berkenaan memberikan penjelasan mengapa org tertentu shj layak
Nurse: beritahu si suami tidak perlu tunggu kerana mengatakan jarak dari rumah suami tinggal ke HUSM hanya mengambil masa 10 minit sahaja. Hakikatnya, masa sebenar yang diambil adalah 25 minit lebih.
Nurse: bersedia hadapi tindakan suami sekiranya apa yg berlaku dilaporkan dlm surat khabar.

4. Sekitar jam 12:30 tgh malam, kakak ipar aku sekali lagi menghubungi nurse berkenaan, nurse berkenaan mengatakan 'aku' iaitu suami kepada isteri ku diwad berkenaan telah berjumpa dengannya dan mengatakan tiada apa yang perlu dihebohkan, sedangkan aku langsung tidak
masuk wad berkenaan kerana waktu melawat telahpun tamat jam 7 petang lagi.


Tarikh: 17 jun 2009

Jam sekitar 10 pagi, isteriku mula mengadu sudah mula sakit ringan untuk lahirkan anak. Debaranku kini sudah pun bermula.

Tarikh: 19 Jun 09

1. Jam 2.30 pagi, isteriku mengadu mula sakit untuk lahirkan anak, langsung dia tak boleh tidur hingga ke siang harinya.

2. Jam 4.48 petang, isteriku beritahu dia sudah bersedia untuk dimasukkan ke bilik bersalin

3. Jam 5.20 petang, aku telah sampai ke bilik no.2 bilik bersalin, wad Berlian dengan isteriku. Aku dalam bilik untuk menemaninya melahirkan anak kami yang pertama. Masa itu, apa yang aku istilahkan sebagai pintu baby, telah terbuka 4 cm.

4. Isteriku diminta oleh doktor untuk bersabar sehingga pintu terbuka untuk 10 cm. Menurut pengalaman mereka, 1 cm akan terbuka selama 1 jam (untuk anak sulung)

5. Doktor minta tunggu hingga jam 12 tengah malam untuk terbuka 10 cm

6. Sekitar jam 12 tgh malam, pintu masih juga 9 cm dan walaubagaimanapun, pihak doktor dan nurse minta juga isteriku mencuba untuk meneran. Masa ini isteriku sudah menanggung kesakitan yang teruk.


Tarikh: 20 Jun 09

1. Isteriku masih terus mencuba meneran sehingga jam 4 pagi.

2. Setelah analisa doktor dan pegawai perubatan disana, pintu masih belum terbuka sebanyak 10cm walaupun diberikan peluang lebih 2 jam.

3. Setelah mesyuarat antara doktor dan pembantu perubatan, mereka akhirnya putuskan untuk bedah. Aku diberi surat untuk ditandatangani dan isteriku turut tandatangan.

4. Sekitar jam 5.30 pagi, isteriku dipersiapkan untuk ke bilik pembedahan.

5. Sekitar jam 6 pagi, isteriku mula dibedah dan 15 minit kemudian pembedahan selesai.

Bersambung.....

Sent from my iPhone

Sunday, June 14, 2009

Masa untuk rehat.... Kelantan

Jam 4.38 pagi, aku sampai di Ketereh, Kelantan, Sebelum aku meneruskan perjalananku ke Kg Pak Badol, destinasi penamat aku dari Sentul - Bangi - Shah Alam - Sentul - Pak Badol.

Memang meletihkan. Tapi bila dah sampai Kelantan, aku rasa lega. Bila pagi menjelma, matahari yang bersinar buat aku puas. Bukan apa, pasalnya aku akhirnya dapat berehat sambil melihat isteriku yang sedang menunggu saat san ketikanya untuk malahirkan anak kami yang pertama.

:)


Sent from my iPhone

Friday, June 12, 2009

Kerana telur sebijik... Riuh sekampung..

Inilah realiti kehidupan manusia yang mahu menunjukkan kehebatan yang
kecil, tapi mahu dicanangkan kepada semua, dialah yang terbaik.

Namun hakikatnya, dia hanya membuat kerja yang well-prepared dan hanya
perlu dicantumkan sahaja, malah siap suruh orang carikan rencahnya
semata-mata mahu memudahkan kerjanya.

Apabila siap, nah ini hasil kerjanya. Namun task demi task yang
diberikan, hasilnya gagal dan hasil kerja secara long term nya, tiada
konsistensi.

Inikah dinamakan sebagai kehebatan ? More eyes keep following you, but
you never dare to learn.


Sent from my iPhone

Monday, June 08, 2009

Apapun... Putih kata TG Nik Aziz putih la kataku...

Kenapa aku berpendirian demikian, kerana beliau adalah Menteri Besar aku, orang yang ada ilmu agama yang jauh lebih daripadaku, dan beliau telah memimpin negeri yang bernama Kelantan semenjak 1990 lagi. Pendek kata banyak yang beliau tahu dan tahu apa yang dilakukan.

Hujah ni aku pakai semenjak dulu lagi dan sebenarnya ramai kenalan aku yg sealiran politik dengan aku, tak suka dengan pendirian aku ni. Itu aku tak kisah sangat.

Kini aku kesahkan perjuangan PAS perlu diperkasakan dan terus dilandasan menentang dasar Umno-Bn. Mengenai pimpinan PAS yang gagal mendapat tempat di pusat, aku kira ini menjadi satu isyarat kepada pimpinan pas untuk perkuatkan kubu di Kelantan. Perbanyakkan pemimpin pelapis di Kelantan mengikut acuan TG Nik Aziz yang tampak berjaya.

Mungkin agenda TG Nik Aziz mahu pusat merasa apa yang telah di bentuk di Kelantan, namun kini ternyata usaha terbantut seketika, kini hanya boleh bantu dari luar.

Apapun TG Nik Aziz is The Best.


Sent from my iPhone

Sunday, June 07, 2009

Apapun keputusan... Terima Kasih Husam..!!

Itu adalah ucapan peribadi aku kepada Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Paduka Husam Musa yang kalah kepada Timbalan Pas, Nasharudin Mat Isa.

Aku tak boleh nak puji mana-mana pemimpin ini kerana aku kenal siapa mereka. Mereka ada cara gerak kerja yang cukup berbeza namun kedua-duanya berjaya tumbangkan musuh.

Persoalan utama yang bermain dikepala aku, kenapa Husam mengambil risiko? Bagi aku, kedua-duanya ada tekad untuk jatuhkan musuh (BN) dan menang atau kalah, merekq ini mampu bergerak. Mungkin tanpa jawatan dalam parti susah sikit.

Bagi Husam, sejak dulu lagi, dia boleh bergerak secara lone ranger, malah ketika ada jawatan dulu pun, dia sama macam sebelumnya juga, lone ranger dalam satu-satu perkara.

Itu pandangan aku lah, siapalah aku untuk menilaikan ? Tapi yang pasti, member dalam pakatan yang lain sudah rasa sadisnya apabila Husam tidak ada (dalam jawatan PAS).

Apa yang perlu buat oleh PAS kini adalah buktikan PAS dulu sama dengan PAS yang ketiadaan Husam. Cara dan bagaimana itu AJK yang perlu tentukan.

Semoga badan yang dibentuk Husam dahulu terus diwujudkan dan diperkasakan, kerana terbukti kejayaannya.

P/s: sedih kepada janji seseorang mengenai 'sinar dihujung terowong', kini setelah sekian lama dan aura dah tak ada, masihkah ada lagi sinar itu?


Sent from my iPhone

Friday, June 05, 2009

Muktamar PAS yang suspen tapi.....

Hari ni seperti yang dijanjikan aku hadiri Muktamar PAS ke-55 di Stadium Malawati. Memang muktamar kali ini, agak happening kerana ia menjanjikan pertembungan pemilihan jawatan tertinggi PAS (melainkan Presiden).

Selangor diakui mempersembahkan prasarana yang baik untuk bermuktamar, tapi bagi media yang ingin update berita kemudahan internet memang mengecewakan aku. Muktamar di Ipoh masih yang terbaik. Internet di Ipoh 'The Best'.

Akibatnya ramai media menggunakan talian internet sendiri. Harap-harap IT PAS dapat melakukan sesuatu untuk memperbaikinya....

Sekian.

Thursday, June 04, 2009

Rasmi sudah muktamar dewan pemuda pas pusat 2009

Seronok aku malam tadi apabila berpeluang ke muktamar berkenaan. Bukan apa, dulu di Ipoh... Kini di selangor, muktamar pemuda pula memang mempunyai nilai sentimental, apabila dibuat di Markaz Tarbiyyah Pas, Taman Melewar.

Tambah menyeronokkan, di situ aku jumpa lagi dengan kawan-kawan lama, sama macam dulu, cuma ada jugaklah yang 'buat muka' sikit.

Tapi aku tak kesah semua tu, dia seorang sahaja macam tu, yang lain hatta pemimpin tertinggi pun layan aku dengan baik bila bersua.

Yang paling terserlah adalah Timbalan Presiden PAS sendiri, Ustaz Nasharuddin Mat Isa. Dulu aku kenal dia masa banjir yang agak besar di Johor, satu ketika dahulu, aku naik Pajero dia, meredah banjir yang deras paras pinggang bersama dengan pemimpin Pas, Johor termasuklah Pesuruhjaya PAS Johor, Dr Mahfodz.

Bersua sahaja tadi perkataan pertama diucapkan, 'Apa khabar, lamo tok Jupo'.. Speaking kelantan tu.

Memang tadi harmoni dengan team IT Pas pusat dan ramai lagi. Cukuplah pot.. Pet... Pot... Pet aku pagi-pagi ni, esok muktamar dewan muslimat pula di Shah Alam... Aku tak pergi, kali ni wartawan yang pergi....

Wassalam


Sent from my iPhone

Wednesday, June 03, 2009

Mana boleh puaskan hati semua...

Inilah realiti kehidupan kita walau dimana kita berada, walau dizaman mana kita berada. Tapi apa yang penting kerja tetap berjalan, perjuangan perlu kita teruskan dan yang penting jangan sampai musuh ambil kesempatan.

Tapi dalam keadaan tersirat, tindakan perlu diatur, bukan untuk mempertahankan ego, tetapi untuk semua. Namun seperti kata rakan saya, memang survival kehidupan, kepentingan diri diutamakan melebihi orang lain.

Apapun aku tetap dengan pendirian kesejahteraan semua lebih penting berbanding mempertahankan ego diri sendiri. Tiada yang rugi dalam konteks ini, biar diri rasa pahitnya sedikit semata-mata semua aman.

Sekian.


Sent from my iPhone

Monday, June 01, 2009

Zaman dah berubah....

Thread aku hari ini cukup simple, ia berkait dengan apa yang berlaku
di dunia politik dan keadaan rakyat Malaysia sekarang.

Pastinya zaman dulu, pak cik dan mak cik kita dikampung hanya
berhubungan dengan surat, telegram... Tapi sekarang blog sudah menjadi
kebiasaan, tidak ketingggalan, facebook, twitter dan sebagainya.

Mengenai kemudahan pula, dulu kalau ada tv, radio, telefon di rumah tu
dah mencukupi, tapi zaman sekarang, kalau coverage internet di telefon
atau di rumah sungguh slow, atau tidak stabil, pasti ramai yang akan
naik angin, semua kerja dipejabat mungkin susah untuk diselesaikan
dalam masa yang singkat.

Jadi kerana itu, kalau ada pihak kerajaan pusat yang masih bersikap
seperti zaman dahulu, mungkin ramai rakyat Malaysia yang akan
ketawakan kerajaan.

Contoh mudah, boleh kita ambil dari pandangan PM Najib dan TPM
Muhyiddin mengulas mengenai pilihanraya Penanti, 31 Mei 09.

Sent from my iPhone

Saturday, May 23, 2009

Relevankah Hartal...??

Petang tadi aku ke Palace of Justice di Putrajaya untuk mengikuti apa yang berlaku terhadap keputusan badan kehakiman terhadap kes MB Nizar vs MB Zambry. Namun seperti yang dijangka, Zambry menang dalam kes rayuan supaya membatalkan keputusan mahkamah tinggi yang menobatkan Nizar sebagai MB yang sah .

Baiklah, kita semua sudah tahu keputusannya. Ketika itu, ramai pak cik dan mak cik dari perak haxir mahkamah sejak pagi lagi. Apabila mereka tahu sahaja keputusannya, ada yang sugul, dan ada yang marah. Apabila peguam BN keluar, tiada sambutan dari orang ramai yang ada disitu untuk menyokong kemenangan Zambry, tetapi bila peguam Nizar, Sulaiman Abdullah keluar, laungan reformasi dan allahuakbar terus bergema.

Rata-rata, yang tidak gembira mereka menyuarakan pendapat mereka terhadap apa yang berlaku. Namun, ada seorang ini yang agak istimewa bagi aku, cukup tenang. Beliau secara tiba-tiba menyebut perlunya 'hartal' untuk tangani kemelut ini jika Perak mahu keluar dari krisis perlembagaan ini.

Ideanya cukup mudah, rakyat yang tidak bersetuju menyatakan pendirian mereka melalui silent protes. Terutama melalui sistem ekonomi. Orang perak katanya tidak perlu melakukan urus niaga atau pelaburan di dalam perak sebaliknya di luar perak. Apa yang diputuskan kerajaan zambry tidak dituruti dan banyak lagi contoh yang dikemukakannya.

Namun itu satu pendekatan yang mungkin boleh dilakukan, namun adakah ia masih boleh dilakukukan ?

Sama-sama kita fikirkan...


Sent from my iPhone

Saturday, May 16, 2009

Berehat sambil berfikir...

Sampai ketika ini, PM Najib belum putuskan mahu bertanding atau tidak di Dun Penanti. Samaada benar atau tidak, ketika Najib belum membuat keputusannya, ada berita angin yang mendakwa jentera BN di Penanti secara rahsia telah menjalankan jentera mereka.

Namun secara tidak sengaja, media arus perdana 'ter' siarkan berita berkenaan. Apapun, aku masih menunggu apa jua kemungkinan.

Sementara itu, PAS bakal mengadakan muktamarnya yang ke 55 di Stadium Malawati. Dulu di Perak, cuma bezanya di Shah Alam, ada pemilihan.

Mahu juga aku lihat YB Husam, YB Khalid Samad, YB Nizar Mendapat tempat dalam pemilihan nanti. Bukan apa, mungkin dengan kombinasi ini, PAS lebih mendapat tempat di hati rakyat Malaysia seluruhnya, seterusnya mengambil alih UMNO yang semakin hilang keseimbangannya.

Sent from my iPhone

Wednesday, May 13, 2009

Lumrah kehidupan....

Sekarang ni aku sedang tunggu 'order' di kedai makan, menonton rancangan 'jangan tidur lagi' sambil-sambil tu, aku kenang kisah lama-lama tentang hidup ku.

Aku yang dilahirkan dalam serba kekurangan, menimba ilmu hingga ke menara gading. Aku dididik dalam persekitaran yang suka memandang rendah pada diri ku. Tapi aku ni jenis penyabar, mungkin mewarisi perangai arwah ayah aku.

Tapi, dengan berkat kutukan lah aku berjaya ke menara gading seterusnya menimba ilmu dalam bidang kejuruteraan kimia.

Selepas itu, aku ditawarkan kerja dalam bidang yang langsung aku tak pelajari masa universiti, kewartawanan.

Dan sekali lagi aku terus belajar... Melalui pengalaman. Kini aku berada pada tahap sekarang, alhamdulillah.

Kini aku 'menilik' pula orang yang boleh ikut aku dan memiliki apa yang aku tahu. Bukan dalam bidang kewartawanan tetapi dalam bidang teknikal webtv broadcasting.

Hmmm ... Nampaknya selepas memiliki beberapa protege, masih tiada lagi calon layak...

Sent from my iPhone

Wednesday, May 06, 2009

Speaker DUN Perak hadir rehearsel Pembukaan DUN Perak

Hari ini aku berkesempatan hadir ke acara rehearsel pembukaan DUN Perak, alhamdulillah aku dapat melihat apa yang berlaku.

Speaker DUN Perak, V. Sivakumar merupakan antara yang hadir hari ini. Diluar kawasan SUK pula, keadaan masih tenteram, namun kelihatan peralatan FRU telah dibawa masuk untuk menghadapi segala kemungkinan yang berlaku esok.

Selepas raptai, Speaker V. Sivakumar diiringi seperti biasa ke bilik makan.

Adakah mentari terus menyinari pakatan rakyat esok ? Sama-samalah kita tunggu. Namun di dalam SUK, mendung bakal berlaku esok.

Sent from my iPhone

Monday, May 04, 2009

Letihnyaa....

Alhamdulillah, isteriku, adik iparku(Epi), dan aku selamat kembali ke
rumah selepas 1 hari 1 malam di Melaka.

Sebenarnya percutian ni tak dirancang tapi plan saat-saat akhir, ia
akhirnya menjadi kenyataan.

Hampir kesemua muzium berjaya di lawati dan Taman Mini Malaysia
berjaya diterokai dengan berjalan kaki.

Ia cukup menarik khasnya untuk isteriku dan bagi aku, dengan lawatan
kedua dalam jangka masa 10 tahun ini berjaya mengimbau kenangan aku
ketika mula-mula ke Melaka. Masa tu baru Tingkatan 1.

Dan ada beberapa cerita yang dirasakan boleh dikongsi bersama mengenai
monumen sejarah di Melaka ni...

Bersambung...

Sent from my iPhone

Sunday, April 26, 2009

Friendster.... Oh friendster

Hari ini aku membelek-belek friendster aku melalui 'gajet' aku ni. Merenung kawan-kawan lama, ingat memori lama, ingat masa universiti dulu dan macam-macam lah.

Tapi aku tersedar, kenangan tinggal kenangan dan aku masih lagi seperti dahulu. Bezanya, aku menanti kelahiran anak sulung ku dan pastinya akan menukilkan kembali kenangan baru.

P/s: kenapaalah friendster tak macam blogger, boleh htr posting tanpa buka website...


Sent from my iPhone

Saturday, April 25, 2009

Bercuti....

Adeh... agak-agak mana tempat best yang boleh kita bercuti,... Ingat
tak tempat yang namanya 'Batang Berjuntai' ... Tempat pengiraan undi
bagi DUN Ijok?

Kadang- kadang teringat juga tempat tu, kenangan manis dan pahit
semasa membuat liputan di Ijok. Masa tu bersama tvpas.com. Esok aku
dan keluarga aku nak ke kawasan berdekatan dengan tempat tu.

Nanti akan aku masukkan 'pengembaraan' tu dalam blog ini dan gambarnya
melalui facebook ku.

Sent from my iPhone

Friday, April 24, 2009

Tok Pa naik, Annuar Musa rebah....!!!

KUALA LUMPUR 24 April – Berikut senarai penuh Pengerusi-pengerusi Perhubungan UMNO negeri-negeri sepertimana diumumkan oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi.
Berikut ialah Senarai Ahli Majlis Tertinggi UMNO

Pengerusi Tetap : Amiruldin Badruddin
Timbalan pengerusi Tetap: Mohammad Aziz
Presiden : Najib Tun Razak
Timbalan Presiden : Muhyiddin Mohd Yassin
Naib Presiden : Ahmad Zahid Hamidi
Hishamuddin Hussein
Shafie Afdal
Ketua Wnita : Shrizat Jalil
Ketua Pemuda : Khairy Jamaluddin
Ketua Puteri : Rosnah Abdul Rashid Shirlin
Setiausaha Agong : Tengku Adnan Tengku Mansor
Bendahari : Ahmad Husni Hanadzlah
Ketua Penerangan : Ahmad Maslan

Ahli Majlis Tertinggi

Mustapa Mohamed
Noh Omar
Musa Aman
Azian Osman
Zainal Abidin Osman
Mohd. Zin Mohamed
Ismail Sabri Yaakob
Lajim Ukin
Shaziman Abu Mansor
Mohd. Puad Zarkashi
Tajuddin Abdul Rahman
Datuk Idris Haron
Dr. Abd. Latiff Ahmad
Jamaluddin Jarjis
Saifuddin Abdullah
Norraesah Mohamad
Mahdzir Khalid
Hamzah Zainuddin
Bung Moktar Radin
Awang Adek Hussin
Zulhasnan Rafique
Ahmad Shabery Cheek
Idris Jusoh
Abdul Azeez Abdul Rahim
Rais Yatim
Mohd Nazri Abdul Aziz
Jamil Khir Baharom
Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Mohd Ali Rustam
Rafidah Aziz
Abdul Ghani Othman
Shahidan Kassim
Aziz Sheikh Fadzir
Kamalia Ibrahim
Razali Ibrahim
Wan Norashikin Wan Nordin

KETUA PERHUBUNGAN UMNO NEGERI

Selangor - Najib Razak
Wilayah Persekutuan - Muhyiddin Yassin
Perak - Dr. Zambry Abd. Kadir
Pulau Pinang - Ahmad Zahid Hamidi
Kedah - Shafie Apdal
Perlis - Md. Isa Sabu
Kelantan - Mustapa Mohamed
Pahang - Adnan Yaacob
Terengganu - Hishammuddin Hussein
Negeri Sembilan - Mohamad Hasan
Melaka - Mohd. Ali Rustam
Johor - Abdul Ghani Othman
Sabah - Musa Aman


Itu keputusan yang telah termaktub. Tapi mana Annuar Musa ? Mana Khir Toyo ? Apapun untuk Abe Nuar, teruskan perjuangan mu dengan memimpin pasukan bolasepak Kelantan kita. Tak perlulah lagi main politik negara ni,OK..

Menteri Nazri Aziz yang 'poyo'...

Hmmm... Nazri ni memang cukup dominan dalam dewan rakyat, selain orang bertanggungjawab menjawab soalan lisan yang ditujukan kepada PM(menjawab bagi pihak), dia juga menjadi menteri yang ditunggu-tunggu oleh MP, sampai jam berapa sesuatu persidangan rakyat akan berlangsung... Pukul 8 mlm? 10 mlm?11 mlm? Dia yang akan usulkan... Dari PM dulu sampai sekarang dia memang suka keje macam tu.

Tiba-tiba sahaja, ex-pm Tun Mahathir kata Nazri ni dia tak berapa suka dah jadi menteri kabinet... Rasa-rasanya apa pendirian Najib untuk orang macam Nazri ni... Patutke mamat ni ada lagi dalam kabinet, hatta apa-apa menteri sekalipun..

Sent from my iPhone

Kena Spot Check lagii...

Ehmm... Thread ini bukan nak marah sesiapa, cuma nak puji kerja kuat polis kita benteras lumba haram sekitar KL ni.

Tadi aku tertanya-tanya, esok hari minggu ke? Kenapa polis rajin malam ni. Untuk pengetahuan semua, dengam kehadiran polis ni, ramai remaja yang suka merempit secara 'part-time' malam-malam sebegini, terpaksa batalkan niat mereka.

Ok. Itu satu bab, ini pula pasal keadaan jalan di sekitar KL dan lebuhraya sekitarnya. Malam-malam begini, dijadikan masa JKR betulkan jalan, jika dulunya jalan tar yang teruk, kini keadaan sebaliknya berlaku. Tapi apa yang masih tak berubah, 'perangkap' ditengah-tengah jalan, lubang drainage masih kekal disitu. Memang memeritkan penunggang motosikal khasnya.

Apapun keadaan memang berubah...

Sent from my iPhone

Thursday, April 23, 2009

Back to office dgn 'flu'

Nampaknya walaupun hari ni hari kedua, dah telam ubat, aku masih 'berair' hidung.

Tapi kerja tetap berjalan dan panadol soluble tetap ku ambil. Hari ni ada forum di studio tvantara. Dalam masa terdekat ia akan dinaikkan.

Sent from my iPhone

Hati-hati berurusan dengan Majlis Perbandaran Selayang...

Kali ini, aku nak perihalkan pula mengenai kes yang aku hadapi, moga tidak berulang kepada anda semua. Kes ini berkaitan saman parking di sekitar Batu Caves dan dibawah jajahan Majlis Perbandaran Selayang.

Memang aku akui, setiap manusia ada kesilapannya dan bukan tujuan posting ini untuk bermusuh dengan mana-mana pihak. Hendak jadikan cerita, pada bulan 21-5-2008 dan 23-6-2008, di sekiar Jalan SG 1/4, Taman Sri Gombak, Selangor, kereta jenis proton disaman oleh pihak penguasa Majlis Perbandaran Selayang.

Oleh kerana kena saman tu, saya membayar saman berkenaan pada 9-10-2008. Tetapi yang anehnya, pihak perbandaran menghantar notis amaran TERAKHIR pada 19-11-2008. Tidak cukup dengan itu sehingga sekarang notis itu masih sampai ke rumah.

Untuk pengetahuan semua, pembayaran itu dilakukan melalui transasksi Kounter Van Bergerak MPS.

Untuk tatapan semua, ini bukti pembayaran.








Jadi kepada rakan-rakan semua, simpanlah resit pembayaran anda setiap kali melakukan transaksi, jika tidak mungkin wang anda akan melayang 2 kaliganda.

Wednesday, April 22, 2009

Tempat kerja aku....


Ok... Time cuti ni aku bolehlah posting blog yang lama bersarang ni, memang kurang masa. Untuk share, ini adalah 'pemandangan' di pejabat aku, iaitu di 'desk' aku, bila aku bekerja

Sent from my iPhone

Cuti Rehat....

Assalamualaikum semua pengunjung,

Akhirnya terpaksa juga badan ini berehat, bukan apa ingat nak terus ke
pejabat je, tapi 'hak' badan kena penuhi jugak.

Sent from my iPhone

Saturday, April 11, 2009

Bila pencuri berani mencuri.....

Hari ini aku mahu perihalkan mengenai kesah pencuri yang berani sangat nak pecah masuk rumah orang. Kesah ini aku kaitkan dengan keselamatan di kuala lumpur. Jika dulunya kita ada ketua atau orang yang boleh dipercayai di sesebuah kawasan, tapi sekarang ni apa yang kita harapkan adalah kepada pihak polis. Anehnya sekarang ni polis pun tidak mampu mengatasinya. Hinggakan sekarang bukan polis yang meronda tapi geng geng pencuri yang meronda! Apa dah jadi? Apabila kita buat laporan, orang awam pula yang perlu buat laporan susulan dari satu department ke department yang lain, punya la susah, bukannya kawasan setinggan tapi taman perumahan.

Jika polis yang diistilahkan sebagai special branch asyik sibuk mengekori seseorang yang ada kaitan dengan politik pembangkang, kenapa keadaan yang berbeza berlaku kepada orang awam? Bercakap mengenai polis dan politik pembangkang, teringat pula aku ketika bertugas di bukit selambau tempoh hari, hari pertama aku berada di sana pegawai penyiasat sudah menyelidik pekerja pekerja politik ini. Sebenarnya mereka tidak boleh melakukan apa-apa tapi cara mereka yang suka 'psyco' ini menjadikan kita mual. Tak ada kerja lain ke? Apapun kita kena biasakan diri kerana mereka ini kadang kala 'bagus' juga apa tidaknya ada 'escort' tanpa berbayar yang 'menjaga' keselamatan kita.

Menunggu kelahiran generasi ku......

Hmmmm..... Sekarang aku sedang tunggu kelahiran anak sulung ku.... sudah masuk 7 bulan.... Alhamdulillah.... Nama? Hmmm sedang dipilih. Memang benar kata orang tua-tua, 'murah rezeki'. Sekarang juga aku sedang merasa masam manisnya apabila kita 'memimpin'. Walaupun organisasi yang diamanahkan kepadaku agak kecil, namun ia cukup bermakna bagiku.

Ini sahaja catatanku untuk kali ini, lain masa, aku akan mencoret lagi.

Friday, February 06, 2009

Kerajaan Perak sekarang tetap haram....

Pelbagai sms yang aku terima mengenai krisis Perak sekarang. Aku tak kira apa TV, radio atau media arus perdana kata mengenai Nizar,aku tetap setuju 2000% dengan Tok Guru Nik Aziz, kerajaan Perak sekarang tak sah.

Isu pembelian ADUN oleh Najib langsung tidak dihiraukan media, tetapi isu Nizar yang dianggap derhaka pula menjadi skop media arus perdana untuk mengesahkan kerajaan baru haram perak sekarang.

Media arus perdana sedarlah, ingat rakyat sekarang BODOH ? Jangan tipu diri sendirilah. Semua rakyat dah tahu.

Monday, February 02, 2009

Najib... RM 50 juta jee.... upahnya..


Haa.. bila Najib main betul-betul, team PKR ni mula nak lawan balik. Ini PC (Press Conference) dari Ketua Bahagian PKR Ipoh Barat, Fauzi Muda. Si mamat ni kata Najib ada upah dia RM 50 juta untuk nak pastikan 2 ADUN PKR masuk BN, ehh betul ke aku ni?

Rancangan ini bermula masa 11 Mac 2008 lagi, pulak dah. Jadi pasal keadaan yang meruncing ni si mamat Fauzi ni nak buat aduan kat SPRM.. nama omputeh dia MACC.Dan Fauzi ni berani bersemuka dan berdebat dengan Najib untuk tunjukkan bukti apa yang dikatanya tu.

Najib.. Najib....

Apa lagi yang berlaku kat Perak malam ni ?



Rajin pulak aku berblogging time-time cuti ni, nak duduk senyap tak boleh, bini aku pulak tak ada pegi mengajar kat sekolah. Jadi buat pulak la kerja lain selain tengok tv.

Ok, dari maklumat sahih yang aku dapat, MB Perak, Nizar ni dah pergi mengadap Sultan pagi tadi. Ini gambo nye...


Wah, sekarang pakai Camry ye, bukan perdana. Dia jumpa Sultan di Istana Kinta. Bila kereta ni keluar, MB yang duduk kat belakang angkat tangan je, tak mahu pulak bukak tingkap kereta.



Haa... apa dia punya perancangan malam ni. Sian wartawan-wartawan yg tunggu luar istana tak dapat 'can' interview, tapi takpe ada benda besar yg tak boleh di bagitahu..

Kecoh.. kecoh... tapi lega... politik Perak

Wahh... kerja jugak aku time orang tengah syok-syok cuti hari minggu. Sabtu dan Ahad hari yang panas dalam politik Perak. Sini lompat sana, sana lompat sini. Yang tu tak puas hati, yang ni pulak nak balas. Macam-macam. Tapi itu semua ketentuan Allah, last-last, Speaker DUN, Sivakumar sahkan si mamat-mamat, Jamaludin dan Osman tu dah hantar surat letak jawatan sebagai ADUN.

3 jam lepas tu mamat-mamat tu melatah pulak, kata 'mana ada kami letak jawatan!'. Pulak dah, kalau surat tu tak keluar, si mamat-mamat tu masih mahu agaknya nyorok-nyorok tak nak keluar dari tempat persembunyian. Abis surat tu ingat faks ke speaker dengan sendiri ke?

Kata-kata pulak surat tu dah di sign masa lepas angkat sumpah masa jadi wakil rakyat, 8 Mac 2008. Pulak dah. Yang penting dekat sini, otak memang digunakan untuk layan tipu daya si BN ni.

Satu lagi, katalah pulak Si Timbalan Speaker DUN Perak pun nak lompat pasal tak balas-balas call, masa ramai-ramai ADUN berkerumun ke rumah rasmi MB Perak semalam, si minah tu pun tak muncul.

Mujurlah last-last si minah respon, dia masih ada dan tak lompat pun. Aii, si minah yang 'kurang upaya' ni pun cepat respon berbanding 2 orang si mamat tu yang cukup sangat anggotanya. Lebih 4 hari mamat-mamat tu baru respon berbanding si minah ni, beberapa jam je. Pelik kan ?

Hari ni, dijangka kepanasan politik Perak berterusan. Tapi tak apa, si anak buah masih ada lagi kat pejabat sana untuk update story dari Perak. Interesting berita-berita dari Perak ni. Jadi let stick to tvantara.com ye....

OK, aku releks kejap, cuti2 ni pun boring jugak yee.. asyik tengok tv je..

Wednesday, January 21, 2009

Lari dari perjuangan ?

Apa itu perjuangan dalam justifikasi minda anda ? Setelah aku berhenti dari tvpas.com pelbagai panggilan diterima yang meluahkan pelbagai persoalan kepadaku mengapa aku 'lari dari perjuangan' ? Adakah aku lari dari perjuangan ?

Aku mula dalam bidang ini secara tidak sengaja beberapa tahun yang lalu oleh beberapa orang kuat PAS yang pada masa itu sedang membuat persiapan dalam pilihanraya ke-12.

15 Julai 2006 itu tarikh tepat penubuhan tvpas.com secara tidak rasmi di dunia maya ini. Aku terus melangkah setapak demi setapak dalam penyiaran ini dari 'ground zero'. Bermula menjadi wartawan, selepas itu menjadi wartawan + videographer, menjadi wartawan + videographer + Video Editor dan juga menjadi wartawan + videographer + Video Editor + Technical

Itu sejarah dan kini menjadi panduan aku untuk berkhidmat di TVAntara.com. Tapi apabila ada yang menyedari aku kurang tampil ke Kuala Terengganu baru-baru ini, ramai yang berkata aku lari dari perjuangan. Hmmm... mungkin aku suka berada di belakang tabir sejak dulu lagi menyebabkan aku invisible di KT.

Realitinya, aku pernah berada di KT semasa berkhidmat dengan tvpas suatu ketika dahulu dan aku tahu mana yang perlu aku berada di KT. Tak salahkan ? Aku tetap seperti dahulu (tak larilah.... jangan bimbang ye..)